CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelasah Kerana Habiskan Kredit Prabayar Suami

21-3-2018 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2206| Komen: 4

Description: Seorang wanita cedera dibelasah, gara-gara menggunakan telefon suaminya sehingga kehabisan kredit prabayar.
Seorang wanita cedera dibelasah, gara-gara menggunakan telefon suaminya sehingga kehabisan kredit prabayar.

Kejadian yang berlaku berhampiran pondok sawah padi di Long Tabing, Tinjar, Miri awal bulan lalu itu menyaksikan suspek berang kredit prabayarnya habis dan meminta mangsa menggantikannya semula.


Suspek berusia 29 tahun itu kemudiannya ditahan polis selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Beluru baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, ketika kejadian, mangsa ada bersama suspek di pondok berkenaan sebelum meminta telefon bimbitnya bagi menghubungi saudaranya.

Gambar Hiasan

"Suspek berang apabila mendapati kredit prabayarnya habis dan meminta mangsa menggantikan kredit prabayarnya itu semula," katanya.

walau bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan permintaan suspek dan terus ke sungai berhampiran untuk membersihkan diri.

"Bagaimanapun, suspek terus masuk ke dalam sungai dan membelasah mangsa dengan menumbuk di bahagian mata, peha dan pinggang mangsa," tambahnya.

Kejadian ini bukan kali pertama kerana sebelum ini mangsa juga sering dipukul disebabkan hal remeh. Kes disiasat mengikut 323 Kanun Keseksaan. -CARI
19

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
23

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanakkampung1x 21-3-2018 05:51 PM
Nak kesian pun ada lah
Quote prettyuglybabe 21-3-2018 06:06 PM
kredit singgit dua pun sampai nak belasah bini..
Quote LautBiru52 21-3-2018 06:29 PM
Jenis laki baran la ni
Quote bloodyamuk 27-3-2018 02:29 AM
ishkkk bahagia ke hidup macam ni...lebih baik hidup solo je...tak sanggup nak hadap domestic violence ni...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.226399 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top