CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kempunanlah Agaknya Kalau Tak Makan Di Sini Jika Ke KB

22-3-2018 12:49 PM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 2442| Komen: 0|Original author: Oleh: Zailina

Kalau ke Kota Bharu, rugi betul jika tidak singgah di sini! Di mana lagi kalau bukan Restoran Sukri di Kampong Sireh. Aneka menu sedia menanti kunjungan anda. 

Memang puas hati kalau nak sajian ringan, pelbagai roti canai bermacam nama atau hidangan berat dengan nasi, lauk pauk dan beragam-ragam minuman panas atau sejuk. Dah, jom jamu mata dulu dengan makanan yang ada di sini!


Sedap .. sajian yang pasti buat anda nak datang lagi

Megi ketam yang super sedap, pasti menjilat jari


Megi Ketam antara yang sungguh sedap di sini. Nah, seekor ketam (yang gemuk) bertenggek di atas megi! Siapa yang boleh katakan tidak, kan? Sayurnya pun segar dan boleh minta tambah sayur kalau nak. Kuahnya tak payah dicerita, memang dihirup sampai licin!


Antara juadah di Restoran Sukri

Selain itu, ada Kerabu Megi instimewa, tom yam, udang atau sotong goreng tepung serta sup memikat selera. Juga ada sate, keropok lekor dan snek gorengan, masakan Barat selain juadah tempatan yang digemari ramai. Pendek kata, kalau lapar boleh makan sampai kenyang. Kalau tak mahu tersandar kekenyangan, boleh pilih menu yang tak berat sangat. 


Mengecurkan air liur, gerenti puas hati dan kenyang

Tak jauh dari persimpangan jalan besar, memang senang nak ke sini

Mudah saja untuk datang ke restoran ini. Kawasan parkir yang luas terletak di hadapan kedai. Suasana mungkin sangat sibuk kalau ada perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Jadi, kalau nak bersunyi-sunyi, tengoklah dulu jadual bola. 

Sambil makan boleh tengok kenderaan yang lalu-lalang. Ramai juga penduduk berdekatan menunggu pesanan lauk-pauk, mi, nasi goreng atau kuey teow sup untuk dibawa pulang.

Alamat: Jalan Sultanah Zainab, Kampong Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15050 Kota Bharu.


Bolehlah singgah bila datang ke Kota Bharu nanti, kan? Memang berbaloi sebab menu banyak, boleh puaskan hati semua orang. - CARI
7

Bagus
10

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top