Adakah anda jenis suka membuat orang lain tertunggu-tunggu atau anda penyebab orang lain terlambat untuk sesuatu acara? Tapi pernah tak terdetik di minda anda kenapa mereka ini sering terlewat? Menurut penyelidik dari Australia Dr Karl Kruszelnicki, terdapat empat jenis personaliti berbeza yang berkait rapat dengan kelewatan, kelambatan atau apa sahaja seumpamanya.
Jom tengok apa ciri-cirinya. Bukan sahaja untuk memahami lebih mendalam mereka yang sering terlambat, mungkin juga ia dapat membantu anda memahami diri sendiri! Manalah tahu ia dapat menjadi kunci kepada penyelesaian masalah dan membuat kita semua sampai ke destinasi tepat pada masanya. 1. Mat jenin Bukan sahaja gemar berkhayal, malah mereka sejenis yang suka berharap pada sesuatu yang tidak realistik. Contohnya, apa yang mereka dapat capai dalam jangka masa tertentu.
Mereka akan memberitahu diri sendiri yang mereka boleh mandi dalam masa seminit, siap memakai baju dalam 30 saat, dan masih ada masa untuk menyediakan sarapan sebelum meninggalkan rumah. Memang tak logik sebab semua perkara itu mengambil masa lebih panjang daripada apa yang difikirkan. Sebab itulah mereka terlambat! Ada cara untuk merawatnya iaitu dengan membuat perbandingan masa bagi setiap rutin dilakukan setiap hari. Dengan itu, mereka boleh lihat berapa lama masa diambil untuk melakukan sesuatu rutin seperti berapa lama masa diambil untuk mandi pagi. 2. Pencetus krisis Mereka inilah jenis yang suka menggelabah tak tentu hala. Kalut memanjang! Mana taknya, semua kerja suka bertangguh. Kononnya, mereka boleh melakukan lebih baik apabila berada dalam tekanan. Malah, mereka sangat tidak suka menunggu. Jadi, mereka akan tergesa-gesa bergerak ke tempat perjanjian di saat terakhir daripada terpaksa menunggu orang lain. Biar orang menunggu daripada diri sendiri menunggu! Adakah anda begini? Jika ya, Dr Karl menyarankan supaya anda melakukan aktiviti fizikal di tempat yang dijanjikan daripada membuat orang lain tertunggu-tunggu 'batang hidung' anda. 3. Mementingkan kesempurnaan Orang yang memiliki personaliti ini sangat berbahaya sebenarnya. Mereka suka menghabiskan masa memastikan semua benda sempurna dari A sampai Z! Sampaikan susunan pinggan mangkuk pun kena sempurna - sebab itulah selalu lambat siap! Mereka ini perlu berhenti daripada menjadi terlalu obses dengan benda yang tak berapa penting. Sedarlah! Siap pada waktunya lebih penting daripada menjadi sempurna. 4. Gemar melawan Tahap bahaya mereka ini berada di tahap lain kerana mereka tak pedulikan orang sekeliling mereka. Mereka tak suka terikat kepada peraturan, jadi selalunya mereka memilih untuk sengaja lewat sebagai cara mereka memberontak. Mereka sangat anti dengan arahan orang lain. Mereka suka mengikut cara mereka sendiri. Tapi, mereka harus sedar impaknya terhadap orang lain. Fikirkanlah orang lain yang susah akibat sikap sendiri yang tak semenggah mana tu. Jangan tipu! Mesti salah satu perangai di atas ada dalam diri anda, kan? - CARI |
17
Bagus |
20
Marah |
22
Terkejut |
26
Sedih |
23
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT