Keadaan seorang budak perempuan menjadi tanda tanya kepada ramai pihak apabila berpuluh ekor semut keluar dari matanya. Setakat ini, kira-kira 60 ekor semut keluar dari mata Ashwini, 11 dan doktor mengandaikan serangga tersebut memasuki badannya melalui telinga.
IB Times melaporkan, pada mulanya Ashwini yang tinggal di Belthangady, India, itu mengadu sakit teruk pada matanya. Dia juga memberitahu ibu bapanya bahawa ada sesuatu yang tersekat di kelopak mata. Lebih banyak semut mati ditemui pada matanya dan mereka terus membawanya ke hospital. Sumber menambah, lima hingga enam ekor semut dikeluarkan dari matanya setiap hari. Selepas doktor sendiri bingung dengan fenomena tersebut, Ashwini dibawa berjumpa seorang ahli nujum. Di sana dia dikatakan terkena semangat jahat yang dipanggil sebagai Naga Dosah (sumpahan ular). -CARI |
ADVERTISEMENT