CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cepat Tengok Warna Lipstik Orang Sebelah! Sama Tak Dengan Personalitinya?

15-3-2018 11:23 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 3179| Komen: 16|Original author: Oleh: Has

Setiap orang bergelar wanita pasti tidak terlepas daripada menggunakan lipstik. Hanya segelintir sahaja yang tidak berminat dengannya. Malah, ada juga segelintir lelaki yang gemar mencalitkannya di bibir sendiri.


Tetapi tahukah anda, warna lipstik tertentu juga boleh menunjukkan sifat dan keperibadian anda. Ingin tahu lebih lanjut? Mari baca artikel yang dipetik dari Vemale.com ini.

Antara warna yang sering menjadi pilihan adalah:


1) Merah

Foto: Modamilyon.com

Ya! Warna ini pasti menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, warna merah juga membawa maksud berani. Maka tidak hairanlah jika si pemakai juga akan lebih terserlah dengan memakai warna ini. 


Selain daripada bermaksud berani, ia juga menunjukkan anda seorang yang bersemangat dan kreatif. Bukan itu sahaja, ia juga dikaitkan dengan kepercayaan diri dalam prestasi kerja iaitu berani mengambil risiko, sekali gus mengekalkan prestasi kerja yang bagus. 

Eh, nak tanya ni. Betulkah anda suka berswafoto dan kerap memuat naik gambar ke laman sosial?


2) Merah muda

Foto: Meylisa.com

Selain dari warna merah, warna merah muda juga sering menjadi pilihan ramai. Bagi yang memilih warna ini, anda seorang yang sangat mudah bergaul dengan orang lain. Ia juga sangat sesuai dikenakan jika mahu bertemu dengan orang baru dalam keadaan yang santai.


3) Ungu gelap

Foto: Journal.sociolla.com

Tak ramai menggemari warna ini melekap di bibir mereka. Tak seperti warnanya yang nampak agak garang, warna ini sebenarnya menunjukkan anda seorang yang boleh berdikari selain berkeperibadian lembut dan suka memerap di rumah sahaja pada waktu cuti serta kurang gemar berswafoto. Warna ini juga membawa kepada penampilan matang dan profesional.


4) Warna nude

Foto: Upcoming.nl

Cuba lihat mereka yang mengenakan warna ini. Betul tak mereka akan bagi perhatian kepada anda jika berbicara? Mereka juga mudah didekati dan selesa bersama kerana peminat warna ini selalunya bersifat terbuka dan mengambil berat.

Warna ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti seharian anda kerana nampak seperti membawa karakter yang manis dan cantik. 


Tapi, harus diingat! Jangan pula anda cepat menilai keperibadian seseorang dengan hanya melihat warna lipstik mereka. Mungkin juga pemilihan warna bergantung pada mood atau sesuatu peristiwa. - CARI
8

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 15-3-2018 11:51 AM
suka merah muda...tp x pun perangai aku mcm tu
jauh melangit....
Quote Artemesiaa 15-3-2018 12:09 PM
Guna beberapa warna ikut kesesuaian penampilan dan acara yang diikuti bukan hanya guna satu jenis warna je
Quote noraidil_06 15-3-2018 12:36 PM
@zu_nia tengok ni
Quote zu_nia 15-3-2018 01:26 PM
noraidil_06 replied at 15-3-2018 12:36 PM
@zu_nia tengok ni

Hahahaha so ape pendapat kak nor??
Quote noraidil_06 15-3-2018 01:33 PM
zu_nia replied at 15-3-2018 01:26 PM
Hahahaha so ape pendapat kak nor??

Mcm betul je
Quote noraidil_06 15-3-2018 01:33 PM
Cume swafoto di gp jelah @zu_nia
Quote ninjago 15-3-2018 02:56 PM
takde makna ikut personality. pakai lipstick color apa ikut mood ngan outfit aritu.. terpaksala bertukar2 hari2 dah asik shopping lipsticks je kalau tak expired cenggitu je., baziaqq
Quote exclusive_vvip 15-3-2018 03:27 PM
takleh pakai ni...i kaki beli lipstick...berpuluh batang ada..macam2 kaler..
Quote Catpaw 15-3-2018 03:53 PM
Lum pernah try lagi ungu tu. Cam menarik je
Quote vanillaninja 15-3-2018 04:36 PM
My lipstick colour memang ada satu je, I jenis tak reti nak tukar2 colour
Quote talapia 15-3-2018 04:45 PM
my lipstick.. walau banyak brand.. tapi warnanye tetap cenggituuuuu jugak. hahaha... macam baik xyah beli mcm2 jenis..
Quote mongoose_kidz 15-3-2018 08:10 PM
suka wrna nk oren2 skit..hehe
xtau la sesuai ke x ngan aku..tp aku pakai je
Quote zu_nia 15-3-2018 09:53 PM
noraidil_06 replied at 15-3-2018 01:33 PM
Cume swafoto di gp jelah @zu_nia

Hahaha tau x pe.
Quote zu_nia 15-3-2018 09:54 PM
mongoose_kidz replied at 15-3-2018 08:10 PM
suka wrna nk oren2 skit..hehe
xtau la sesuai ke x ngan aku..tp aku pakai je

Lately i suke color oren2 sikit. Nampak sesuai. So selain color merah, oren pun sesuai dengan i. Just i x bole masuk dengan nude color. Nampak kusam dengan kulit.
Quote cassriena 16-3-2018 08:10 AM
xpernah pakai lipstik purple. x gamak nak beli pun
Quote grizz 16-3-2018 05:13 PM
tgk org pkai lipstik..gigih la g bli gak..
sudahnye..mmg penuh meja solek ngan lipstik je..
gune nye x jugak..last2..rezeki tong sampah..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052233 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top