Seorang imam kontroversi dari Uzbekistan mendakwa, homoseksualiti adalah penyakit yang membimbangkan masyarakat dunia. Rahmatulloh Saifutdinov, ketua Imam di Masjid Tashkent Mirzo Yusuf itu telah memberikan nasihat kepada pasangan tentang cara untuk mengelak daripada melahirkan anak yang meminati kaum sejenis.
Menurutnya kepada para jemaah, fantasi tentang seseorang selain pasangan sendiri ketika melakukan persetubuhan boleh menyebabkan wanita melahirkan anak homoseksual. Pink News melaporkan, Saifutdinov berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat 2 Mac lalu.
Tambahnya, ada segelintir wanita Uzbekistan berfantasi tentang lelaki tampan semasa melakukan hubungan kelamin dengan suami mereka. "Sebagai contoh, para wanita berfantasi tentang pelakon opera Turki yang tampan. Terdapat banyak posting di laman sosial oleh wanita yang sudah berkahwin. Ia seperti tiga orang sedang melakukan hubungan kelamin," katanya. Dia juga turut mengecam para lelaki yang yang mempunyai fantasi intim terhadap wanita lain. "Lelaki juga sama, tidak dibenarkan untuk memikirkan wanita cantik lain ketika meniduri isteri mereka kerana ini boleh menyebabkan kelahiran anak menjadi lesbian." Walau bagaimanapun dakwaan tersebut tidak disertakan dengan bukti saintifik. -CARI
|
6
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dwdrum replied at 9-3-2018 12:19 PM
omg ...
Dimana lah idea begini lobai dapat
chazey replied at 9-3-2018 03:24 PM
Deyol memang tinggi imaginasi. Masa kursos nikoh dolu, hada lobai iyo2 bagi ceramah kononnya kokes ...
rastaf replied at 9-3-2018 11:38 AM
tak pasal2 mak pak pulak dapat nama busuk. serkap jarang je imam ni.,
banyak je sebab seseorang ...
Alais replied at 9-3-2018 03:38 PM
Manusia secara natural adalah herbivor
tapi cuba jadi karnivor
ADVERTISEMENT