gambar hiasan
SEORANG imam kontroversi dari Uzbekistan mendakwa homoseksualiti adalah 'penyakit yang membimbangkan masyarakat dunia' dan memberikan nasihat tentang kaedah pasangan mengelak daripada melahirkan anak yang meminati kaum sejenis.
Ketua Imam di Masjid Tashkent Mirzo Yusuf, Rahmatulloh Saifutdinov memberitahu para jemaah, fantasi tentang seseorang selain pasangan sendiri ketika melakukan hubungan kelamin boleh menyebabkan wanita melahirkan anak homoseksual.
Beliau berkata begitu ketika menyampaikan khutbah Jumaat pada 2 Mac lalu.
Kata Saifutdinov, segelintir wanita Uzbekistan berfantasi tentang lelaki tampan ketika melakukan hubungan kelamin bersama suami mereka.
"Sebagai contoh, para wanita berfantasi tentang pelakon opera Turki yang tampan. "Terdapat banyak posting di laman sosial oleh wanita yang sudah berkahwin. "Ia seperti tiga orang sedang melakukan hubungan kelamin," kata beliau.
Saifutdinov turut mengecam perbuatan para lelaki yang mempunyai fantasi intim terhadap wanita lain.
"Lelaki juga sama, tidak dibenarkan untuk memikirkan wanita cantik lain ketika meniduri isteri mereka kerana ini boleh menyebabkan kelahiran anak menjadi lesbian," ujar imam tersebut.
Bagaimanapun, imam itu tidak menyokong dakwaannya dengan bukti sainstifik dan enggan memberikan komen lanjut ketika dihubungi oleh Radio Free Europe/ Radio Liberty.
|