New York: Kira-kira sembilan juta penduduk dewasa Amerika Syarikat menggunakan pil tidur untuk membantu mereka lelap.
Kebanyakannya adalah kulit putih, wanita, berpendidikan tinggi dan berusia lebih 50 tahun, menurut kajian kerajaan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pendedahan itu mungkin tidak menyeluruh kerana pakar percaya berjuta-juta lagi menggunakan ubat lain termasuk teh 'chamomile'. “Tidak semua orang keluar rumah untuk membeli ubat,” kata seorang penyelidik mengenai masalah tidur di Atlanta, Russell Rosenberg. Kajian Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapat keputusan itu selepas mewawancara 17,000 penduduk dewasa sejak 2005 hingga 2010. Peserta kajian juga diminta membawa ubat yang mereka ambil ke wawancara itu. Keseluruhannya, empat peratus responden dewasa mengaku menelan pil tidur pada bulan sebelumnya.
Kajian itu tidak mendedahkan sama ada penggunaannya meningkat tetapi seorang penyelidik CDC kadar pengguna meningkat daripada 3.3 peratus pada 2003 hingga 2006 kepada 4.3 peratus pada 2007 hingga 2010. Hasil kajian itu mengulangi keputusan penyelidikan pasaran menunjukkan wujud peningkatan bilangan kes sukar tidur sejak beberapa dekad lalu. Bagi orang dewasa, tempoh terbaik untuk tidur adalah selama tujuh hingga sembilan jam semalam. Antara petua mendapat tidur yang baik ialah waktu lelap yang konsisten, bersenam setiap hari dan mengelak daripada kafein atau nikotin pada waktu malam. |
iza_yuss posted on 2-9-2013 09:06 AM
alhamdulillah..... nikmat nan satu ni....
aku balik keje, lepas solat isyak, konfem senang jek td ...
ADVERTISEMENT