CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masak Nasi Guna Beras Murah Tapi Hasilnya Sedap Standard Hotel 5 Bintang

9-3-2018 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 11277| Komen: 11|Original author: Oleh: Faizal

Mungkin memasak nasi perkara yang begitu mudah bagi sesetengah orang dan tak juga mudah untuk yang lainnya. 

Kalau tak kena caranya takut-takut nasi tidak masak. Lebih parah bila nasi sudah menjadi bubur. Memang tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi.



Bagi golongan ibu-ibu atau suri rumah, memasak nasi bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Rasanya tutup sebelah mata pun boleh memasak nasi dengan elok sahaja kan.


Untuk menikmati nasi yang enak, kita perlu menggunakan beras yang mahal dan yang sedap seperti beras siam atau beras wangi. Beras murah-murah tak boleh ke nak menghasilkan nasi yang sedap?


Sebenarnya dengan menggunakan beras yang murah sahaja, anda mampu menghasilkan nasi yang enak dan berlemak seperti nasi yang selalu disajikan dihotel-hotel terkemuka.


Nak tahu cara membuatnya? Jom ikuti tips dari Chef Adzha macam mana nak menghasilkan nasi yang berderai, rasa lemak-lemak dan sangat-sangat moist ala-ala nasi di hotel dan restoran-restoran dengan menggunakan beras biasa sahaja.


“Haa nie chef nak share dengan anda semua cara hotel atau restoran masak nasi. Sebenarnya cara nie diambil dari cara penyediaan nasi jepun tu. Kan orang Jepun makan nasi dengan chopstik, nak bagi nasi tergumpal atau melekat tapi tak lembik nielah salah satu kaedah mereka guna”


Chef Adzha hanya menggunakan beras cap Masjid dan periuk memasak nasi biasa yang ada di rumah sahaja untuk memasak. Caranya sangat mudah sahaja. Jom cuba!


Bahan-bahan yang diperlukan


Beras dan air

Cuka makan

Minyak masak

Garam



Cara-cara memasaknya


Masukkan beras yang dah dibasuh ke dalam periuk.

Masukkan air. Sukatan air ialah 1:1 (Contoh: 3 cawan beras, 3 cawan air)

Masukkan 2 sudu besar minyak

Masukkan 1 sudu besar cuka

Masukkan garam secukupnya

Masukkan daun pandan jika ada

Gaulkan kesemua bahan tadi dan boleh mulakan memasak.

Tunggu sehingga nasi masak.


Tonton video yang chef kongsikan ni jom!



Selamat mencuba.! - CARI 

6

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-3-2018 11:57 AM
garam secukup rasa tu cmne? garam kalau sikit ke banyak tetap rasa masin kt lidah
Quote wilsh10 9-3-2018 12:46 PM
Garam pulekkkk
Quote jlo 9-3-2018 05:12 PM
hmmm nak cuba tapi kalo bole nak elak la cuka2 ni
Quote drivethru 9-3-2018 06:48 PM
Kat station bus kuantan, ade kedai yg buat masak nasik lemak letak minyak masak bamyak2 bila nasi dah masak. Mmg cantik berkilat. Sedap plak tu.
Quote RatuDunia94 11-3-2018 04:11 AM
Letak cuka letak garam... No!
Quote chinta89 11-3-2018 08:38 AM
kalau masak letak minyak, mmg nasi akan cantik.

tips ni kalau nk masak nasi lemak, mmg jadi cantik nasi lemak uols.

taruk minyak(akan jd cantik berkilat), daun pandan, garam, santan (sesetengah org ganti susu cair)  dan air secukup rasa.

kompem nasi uols dipuji2 u hehe
Quote kimchipedas 11-3-2018 05:32 PM
Erkk letak cuka?? Cmna jdnya nak try ka buat
Quote keds 13-3-2018 12:05 PM
Info yang baik...
Quote CikBersahaja 14-3-2018 05:51 PM
Untuk dicuba
Quote ninja boy 14-3-2018 08:04 PM
kek2 pisang dibubuh minyak byk2, berani mau makan masakan minyak byk2?
Quote noraidil_06 15-3-2018 01:10 PM
I will say no to garam

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063223 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top