View: 7399|Reply: 11
|
Masak Nasi Guna Beras Murah Tapi Hasilnya Sedap Standard Hotel 5 Bintang
[Copy link]
|
|
Mungkin memasak nasi perkara yang begitu mudah bagi sesetengah orang dan tak juga mudah untuk yang lainnya.
Kalau tak kena caranya takut-takut nasi tidak masak. Lebih parah bila nasi sudah menjadi bubur. Memang tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi.
Bagi golongan ibu-ibu atau suri rumah, memasak nasi bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Rasanya tutup sebelah mata pun boleh memasak nasi dengan elok sahaja kan.
Untuk menikmati nasi yang enak, kita perlu menggunakan beras yang mahal dan yang sedap seperti beras siam atau beras wangi. Beras murah-murah tak boleh ke nak menghasilkan nasi yang sedap?
Sebenarnya dengan menggunakan beras yang murah sahaja, anda mampu menghasilkan nasi yang enak dan berlemak seperti nasi yang selalu disajikan dihotel-hotel terkemuka.
Nak tahu cara membuatnya? Jom ikuti tips dari Chef Adzha macam mana nak menghasilkan nasi yang berderai, rasa lemak-lemak dan sangat-sangat moist ala-ala nasi di hotel dan restoran-restoran dengan menggunakan beras biasa sahaja.
“Haa nie chef nak share dengan anda semua cara hotel atau restoran masak nasi. Sebenarnya cara nie diambil dari cara penyediaan nasi jepun tu. Kan orang Jepun makan nasi dengan chopstik, nak bagi nasi tergumpal atau melekat tapi tak lembik nielah salah satu kaedah mereka guna”
Chef Adzha hanya menggunakan beras cap Masjid dan periuk memasak nasi biasa yang ada di rumah sahaja untuk memasak. Caranya sangat mudah sahaja. Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan
Beras dan air
Cuka makan
Minyak masak
Garam
Cara-cara memasaknya
Masukkan beras yang dah dibasuh ke dalam periuk.
Masukkan air. Sukatan air ialah 1:1 (Contoh: 3 cawan beras, 3 cawan air)
Masukkan 2 sudu besar minyak
Masukkan 1 sudu besar cuka
Masukkan garam secukupnya
Masukkan daun pandan jika ada
Gaulkan kesemua bahan tadi dan boleh mulakan memasak.
Tunggu sehingga nasi masak.
Tonton video yang chef kongsikan ni jom!
Selamat mencuba.! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
garam secukup rasa tu cmne? garam kalau sikit ke banyak tetap rasa masin kt lidah |
|
|
|
|
|
|
|
Garam pulekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm nak cuba tapi kalo bole nak elak la cuka2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kat station bus kuantan, ade kedai yg buat masak nasik lemak letak minyak masak bamyak2 bila nasi dah masak. Mmg cantik berkilat. Sedap plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Letak cuka letak garam... No!
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau masak letak minyak, mmg nasi akan cantik.
tips ni kalau nk masak nasi lemak, mmg jadi cantik nasi lemak uols.
taruk minyak(akan jd cantik berkilat), daun pandan, garam, santan (sesetengah org ganti susu cair) dan air secukup rasa.
kompem nasi uols dipuji2 u hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Erkk letak cuka?? Cmna jdnya nak try ka buat |
|
|
|
|
|
|
|
kek2 pisang dibubuh minyak byk2, berani mau makan masakan minyak byk2? |
|
|
|
|
|
|
| |
|