Buku kecil yang dikenali dengan pasport ini rupa-rupanya mempunyai 'kuasa'. Lebih berkuasa bermakna ia dapat membawa anda ke lebih destinasi tanpa perlukan visa.
Wah, cuba cuba teka pasport mana paling berkuasa? Kalau anda teka pasport keluaran Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK), anda salah! Pasport negara ini berjaya 'mengenepikan' kuasa Jerman yang pernah bertakhta di tempat pertama sebelum ini. Dari segi sejarah, pasport dari negara-negara Eropah telah mengungguli kedudukan carta 'paling berkuasa' dan menjadi pasport 'paling diingini' ramai orang.
Menurut carta Indeks Pasport 2018, dahulu pemegang pasport Jerman boleh mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa perlu memohon visa terlebih dulu, kini tidak lagi. Sekarang, pemegang pasport Korea Selatan dan Singapuralah yang paling berkuasa! Menurut badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital, ia berikutan keputusan Uzbekistan yang membenarkan pemegang pasport memasuki negara berkenaan tanpa visa, sekali gus membolehkan pemegang pasport mengembara ke 162 negara. Pasport Jerman dan Jepun di tangga kedua di mana pemegangya dibenarkan melawat 161 negara tanpa visa diikuti Sweden, Finland, Itali, Perancis, Denmark dan Sepanyol, dengan 160 negara. Manakala, UK di tangga keempat boleh ke 159 destinasi sama dengan Luxembourg, Norway, Netherlands, Belgium, Austria dan Portugal. Afghanistan berada di kedudukan terakhir yang membenarkan mereka melawat 26 negara tanpa visa. Sementara Iraq (29), Pakistan (30), Syria (33) dan Somalia (34). |
ADVERTISEMENT