Sekarang, pemegang pasport Korea Selatan dan Singapuralah yang paling berkuasa! Menurut
badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital, ia berikutan keputusan Uzbekistan yang membenarkan pemegang pasport memasuki negara berkenaan tanpa visa, sekali gus membolehkan pemegang pasport mengembara ke 162 negara.
Pasport Jerman dan Jepun di tangga kedua di mana pemegangya dibenarkan melawat 161
negara tanpa visa diikuti Sweden, Finland, Itali, Perancis, Denmark dan Sepanyol, dengan 160 negara.
Manakala, UK di tangga keempat boleh ke 159 destinasi sama dengan Luxembourg, Norway, Netherlands, Belgium, Austria dan Portugal.
Afghanistan berada di kedudukan terakhir yang membenarkan mereka melawat 26 negara tanpa visa. Sementara Iraq (29), Pakistan (30), Syria (33) dan Somalia (34).
Foto: passportindex
Sementara itu, menurut carta di atas, pasport Malaysia seri di tempat kelima bersama AS. Kita boleh melawat 158 negara tanpa perlu memohon visa. Boleh dikatakan 'Top Ten' jugalah. Jadi, berbanggalah hendaknya jadi rakyat Malaysia. - CARI