Seorang wanita tergamak membunuh anak sendiri dengan menolaknya ke dalam terusan di Nonathaburi, Thailand. Memetik Bangkok Post, suspek, 21, ditahan pada Isnin selepas mayat kanak-kanak berkenaan ditemui terapung di Terusan Khlong Tonnun di daerah Bang Bua Thong.
Menurut polis, budak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai terapung di terusan berkenaan selama tiga jam sebelum laporan polis dibuat. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran mendapati suspek dilihat menyeberangi jambatan terusan itu sambil memimpin tangan anaknya pada tengah hari Isnin. Bagaimanapun, satu lagi rakaman menunjukkan suspek berjalan pulang sendirian sejam kemudian. Berikutan itu, polis menahan wanita terbabit ketika dia sedang menunggu bas di Bang Bua Thong dipercayai kerana mahu melarikan diri. Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia membunuh anaknya kerana tertekan selepas sekian lama berpisah dengan suami. - CARI
|
13
Bagus |
23
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT