View: 1322|Reply: 7
|
Tolak Anak Dalam Terusan Kerana Tertekan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita tergamak membunuh anak sendiri dengan menolaknya ke dalam terusan di Nonathaburi, Thailand.
Memetik Bangkok Post, suspek, 21, ditahan pada Isnin selepas mayat kanak-kanak berkenaan ditemui terapung di Terusan Khlong Tonnun di daerah Bang Bua Thong.
Menurut polis, budak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai terapung di terusan berkenaan selama tiga jam sebelum laporan polis dibuat.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran mendapati suspek dilihat menyeberangi jambatan terusan itu sambil memimpin tangan anaknya pada tengah hari Isnin.
Foto: Bangkok Post
Bagaimanapun, satu lagi rakaman menunjukkan suspek berjalan pulang sendirian sejam kemudian.
Berikutan itu, polis menahan wanita terbabit ketika dia sedang menunggu bas di Bang Bua Thong dipercayai kerana mahu melarikan diri.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia membunuh anaknya kerana tertekan selepas sekian lama berpisah dengan suami. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tengah mental je sanggup bunuh anak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tertekan ko bunuh la diri sendiri mangkuk! |
|
|
|
|
|
|
|
Anaklah peneman ko wooi..
Dah laki tinggal biaq pi lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya dia, anak sendiri dia biarkan lemas |
|
|
|
|
|
|
|
aduiiii apakah kegilaan iniiii |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 21 . Byk kes ibu2 muda aniaya anak khen. Tak prepare jd mak , pastu rumahtangga goyah plak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|