Jika perkara berkaitan mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah, pasti ia ditujukan kepada kaum ibu atau isteri. Bagaikan sudah sebati bahawa kerja-kerja di rumah wajib diuruskan sepenuhnya oleh kaum wanita yang bergelar ibu atau isteri. Jika si ayah dan anak-anak turut membantu, ia dianggap bernasib baik kerana dapat meringankan tugas dan kerja. Perkongsian oleh Ahmad Affzan Abdullah di laman facebooknya dapat membuka mata dan minda netizen. Sebenarnya kerja-kerja di rumah tidaklah wajib dilakukan oleh para ibu dan isteri. Benarlah, masing-masing mendiami rumah yang sama dan menggunakan apa sahaja kemudahan dan peralatan dirumah, tetapi mengapa hanya si ibu dan isteri yang perlu beria-ria mengemas, mencuci dan menjaga keadaan rumah agar ia selesa untuk didiami? seperti tidak adil pula kan? Maka ramailah isteri dan ibu yang ‘tag’ nama suami dan anak-anak mereka supaya membaca perkongsian ini. Masing-masing bersetuju supaya kerja-kerja dirumah dilakukan bersama dan perlu dibuat jadual. Nanti tiadalah si isteri meroyan dan membebel sebab penat dan selalu buat kerja rumah sorang-sorang. Sebenarnya untung apabila suami banyak membantu membuat kerja-kerja dirumah. Apabila isteri tidak sihat, suami sudah terbiasa dan dapat melakukannya kerja-kerja di rumah tanpa rasa kekok. Apatah lagi jika isteri meninggal, tiadalah keadaan rumah dan anak-anak menjadi tidak terurus. Tapi ada juga netizen yang suka buat kerja-kerja dirumah dengan kerelaan hatinya kerana mereka jenis yang tidak suka diganggu apabila sedang melakukan kerja. Kalau jenis macam ini, tidak mengapalah kalau suami dan anak-anak tidak membantu. Tapi janganlah pula disepah-sepahkan barang dan kotorkan rumah pula kan? Kesian pula isteri nak kena bersihkan dan kemas semula. Sesiapa yang selama ini mengabaikan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tu, bolehlah cuba mengambil alih beberapa tugas ibu atau isteri dirumah. Tidak perlu berasa malu untuk menyidai pakaian di ampaian macam orang zaman dulu-dulu kerana takut digelar kuli kepada isteri. Kerja-kerja dirumah tidak pernah habis dan tidaklah kepenatan itu ditanggung oleh si isteri sahaja. Apa pendapat kalian? - CARI
|
15
Bagus |
18
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
11
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT