View: 2901|Reply: 13
|
Mentaliti Kolot. Asal Buat Kerja Rumah, Terus Kaitkan Ia Tugas Perempuan!
[Copy link]
|
|
Jika perkara berkaitan mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah, pasti ia ditujukan kepada kaum ibu atau isteri. Bagaikan sudah sebati bahawa kerja-kerja di rumah wajib diuruskan sepenuhnya oleh kaum wanita yang bergelar ibu atau isteri. Jika si ayah dan anak-anak turut membantu, ia dianggap bernasib baik kerana dapat meringankan tugas dan kerja.
Perkongsian oleh Ahmad Affzan Abdullah di laman facebooknya dapat membuka mata dan minda netizen. Sebenarnya kerja-kerja di rumah tidaklah wajib dilakukan oleh para ibu dan isteri.
Benarlah, masing-masing mendiami rumah yang sama dan menggunakan apa sahaja kemudahan dan peralatan dirumah, tetapi mengapa hanya si ibu dan isteri yang perlu beria-ria mengemas, mencuci dan menjaga keadaan rumah agar ia selesa untuk didiami? seperti tidak adil pula kan?
Kenapa biarkan isteri bekerja dan mengemas seorang sahaja?
Berusaha jadikan rumah seperti syurgalah...
Maka ramailah isteri dan ibu yang ‘tag’ nama suami dan anak-anak mereka supaya membaca perkongsian ini. Masing-masing bersetuju supaya kerja-kerja dirumah dilakukan bersama dan perlu dibuat jadual. Nanti tiadalah si isteri meroyan dan membebel sebab penat dan selalu buat kerja rumah sorang-sorang.
Sebenarnya untung apabila suami banyak membantu membuat kerja-kerja dirumah. Apabila isteri tidak sihat, suami sudah terbiasa dan dapat melakukannya kerja-kerja di rumah tanpa rasa kekok. Apatah lagi jika isteri meninggal, tiadalah keadaan rumah dan anak-anak menjadi tidak terurus.
Tapi ada juga netizen yang suka buat kerja-kerja dirumah dengan kerelaan hatinya kerana mereka jenis yang tidak suka diganggu apabila sedang melakukan kerja. Kalau jenis macam ini, tidak mengapalah kalau suami dan anak-anak tidak membantu.
Tapi janganlah pula disepah-sepahkan barang dan kotorkan rumah pula kan? Kesian pula isteri nak kena bersihkan dan kemas semula.
Sesiapa yang selama ini mengabaikan tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tu, bolehlah cuba mengambil alih beberapa tugas ibu atau isteri dirumah. Tidak perlu berasa malu untuk menyidai pakaian di ampaian macam orang zaman dulu-dulu kerana takut digelar kuli kepada isteri.
Kerja-kerja dirumah tidak pernah habis dan tidaklah kepenatan itu ditanggung oleh si isteri sahaja. Apa pendapat kalian? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bg saya, bab2 memanjat mcm bersihkan kipas dan sawang..suami yg sesuai buat..guna tenaga, mcm mengemop rumah dan menyental toilet, pun suami jugak..
Kalo isteri, bab susun2, kemas yg mana sepah..bab duduk2 dan memboringkan, mcm lipat baju, pun isteri jugak..masak pun isteri..tapi, kalo suami tolong sedia bahan, lebih afdhol..
Syukur, suami saya suka panjat2 dan sental2 ni..lipat baju, memang dia surrender.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu pasal kt IKEA makan sndiri tak reti nak kemas meja...
takkan warga PPRT shopping kt IKEA kot? |
|
|
|
|
|
|
|
alah bisa tegal biasa
dah kalo dari kecik pemalas
takde usaha nak rajin ke diri
sampai ke mampus pun gitu
be it laki @ bini
boleh je half2 kan kerja rumah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Even my husbnd punya culture, lelaki takkan buat kerja rumah. Iols sgt lah bersyukur masa pantang 44hari 4bulan lepas, suami iols buat hampir semuanya. Huhu terharu sgt. Pada mulanya kami nak hire mana2 maid indon khas utk jaga aku/rumah waktu aku pantang.
Tapi last minute aku bagitau suami, takyah la. Tak berani la bagi masuk org luar. Awak buat la mana yg awak mampu. Even ikan selar pun dia tertukar dengan ikan kembung, cuci berak baby pun terkial2 & banyak lagi peristiwa yg mencuit hati tapi kuddos tu my husbnd kerana tabah mengharungi waktu pantang bersama2. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu lah iols laharkan anak iols makan tak reti cuci sebab nak carut ke anak tiri.. terus terasa.. terus pergi dapur cuci pinggan mangkuk cawan 2 sinki yang dorang dh kecahkan ya ampunnnn pemalas betui.. camne la mak kau ajar kau |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni adalah common sense yee.. logik yang boleh dipikir.. unless kau ada cacat otak atau budak sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
org kalu dah ada keturunan pemalas tu, mmg pemalas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dari kecil dah dibiasakan buat semua kerja tampa mengira jantina pasti tak ada masaalah nak terus melalukannya bila dah dewasa. Yang malas ni selalunya sebab mak pak dari kecik dah merajakan mereka bila dah dewasa baru nak suruh buat mana mahunya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dah berubah
Dah lebih ramai jateee buat kerja rumah
Jangan kan kerja rumah
Kerjakan suami2 kamu semua atas katil pun ada yang mampuuu |
|
|
|
|
|
|
|
My family memang membudayakan lelaki tak buat keje rumah. Mmg sakit la buat keje rumah terkial sorg2, kena bebel pun sorg2..If one day I have my own family, I nak ubah budaya tu! Kita bukan dduk zaman firaun lg pompuan jd kuli jer kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
kami dulu buat macam tu.. heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adek beradek.laki aku mmg pandai buat koje rumah
Kukur kelapa pon.pandai okeh..
Mujur la.kan..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kami selalu tgk program bbc program tv uk. Suami/ lelaki sana biasa je sama2 buat keja rumah. Masuk dapur buat breakfast simple like penkek, masak telur, sosej bagi anak2 depa makan. Bersihkan dapur, kemas rumah etc
Ai try jg terapkan budaya buat keja rumah pd anak2 dan husband ai. Semua benda ok kecuali memasak mmg husband ai angkat bendera putih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|