Colombo: Seorang rakyat Sri Lanka berusia 50 tahun yang cuba menyeludup 600 gram emas bernilai 3 juta rupee (RM74,504) ditahan Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike. Menurut Pengarah Kastam Leslie Gamini, suspek dari Negombo itu dalam perjalanan menuju ke Mumbai untuk menaiki pesawat kira-kira jam 11.45 malam. Dia ditahan selepas pihak berkuasa mendapati tingkah lakunya mencurigakan. Kastam yang memeriksanya menemui kepingan emas disembunyikan dalam duburnya. “Suspek yang kerap membuat perjalanan ke India dibebaskan selepas membayar denda 25,000 rupee (RM620),” kata Timbalan Pengarah Kastam Deepal Siriwardana.
|
mitnick posted on 30-8-2013 03:13 PM
sampai kedai dan berbau. nengkali seludup pkai buat laa gigi ke ape
Dia ditahan selepas pihak berkuasa mendapati tingkah lakunya mencurigakan.
matchstick posted on 31-8-2013 11:43 PM
i wonder..mencurigakan lagu mana ya sampai polis check dubur dia. jalan kepit ka or muka resah m ...
ADVERTISEMENT