Colombo: Seorang rakyat Sri Lanka berusia 50 tahun yang cuba menyeludup 600 gram emas bernilai 3 juta rupee (RM74,504) ditahan Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike. Menurut Pengarah Kastam Leslie Gamini, suspek dari Negombo itu dalam perjalanan menuju ke Mumbai untuk menaiki pesawat kira-kira jam 11.45 malam.
Dia ditahan selepas pihak berkuasa mendapati tingkah lakunya mencurigakan. Kastam yang memeriksanya menemui kepingan emas disembunyikan dalam duburnya. “Suspek yang kerap membuat perjalanan ke India dibebaskan selepas membayar denda 25,000 rupee (RM620),” kata Timbalan Pengarah Kastam Deepal Siriwardana. - Agensi
Last edited by R2D2 on 30-8-2013 09:49 AM
|