Setiap kali berkunjung ke pasar pagi atau malam pasti ada yang akan mencari putu mayam bukan? Atau juga ada yang sanggup menunggu penjual bermotosikal bunyikan hon jual putu mayam dari rumah ke rumah. Apa pun caranya putu mayam mempunyai peminat tersendiri kerana keenakannya dimakan bersama gula perang dan juga kelapa parut. Tetapi tahukah anda bahawa tidak sukar untuk menyediakan makanan ini sekiranya anda tahu bahan dan caranya. Jadi kami ingin kongsikan resepi dan cara menyediakan putu mayam seperti yang dikongsi oleh Vit Daily. Mudah dan juga hanya tiga bahan sahaja diperlukan. Bahan-bahan
1) Satu paket bihun kecil/halus 2) Gula perang 3) Kelapa parut Cara-Cara 1) Rendamkan bihun selama 10 minit 2) Toskan sebentar bihun menggunakan tapis 3) Didihkan air di dalam periuk untuk mengukus bihun tadi 4) Kukuskan bihun selama 15 minit atau sehingga lembut 5) Hidangkan bihun di atas pinggan bersama gula perang serta kelapa parut Mudah bukan? Jadi jika anda ke pasar malam mencari putu mayam tetapi tidak jumpa bolehlah cuba membuatnya. Mungkin juga kalau nak buat minum petang bersama keluarga bolehlah sediakan dalam kuantiti lebih sedikit untuk dinikmati. Selamat mencuba. -CARI
|
12
Bagus |
17
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
21
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amyza replied at 8-2-2018 06:32 PM
Laaa,putu mayam tu memang dari bihun ke? Ingatkan ala2 buat rotijala tp guna acuan halus. Slalu beli ...
candybatik replied at 8-2-2018 07:45 PM
Faiza ada 2 jns bihun.Bihun yg jns ni korang xleh rendam lama2 dlm air. Mmg 10m je. Lama2 hancur l ...
ADVERTISEMENT