CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Chad Hot Fm Dan Haris Klangit Sudah Bertunang

30-8-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19425| Komen: 52




Penyampai radio Hot FM, Chad atau nama sebenarnya, Nur Shazrena Abd Rahim pernah dikatakan bercinta dengan gitaris kumpulan Klangit, Haris. Namun begitu, mereka berdua hanya diam dan tidak memberikan sebarang respon dan komen mengenai khabar tersebut.

Baru-baru ini, GUA mendapat tahu Chad telah pun melangsungkan pertunangan bersama Haris. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, GUA telah menghubungi sendiri mantan pengacara rancangan Muzik-Muzik di TV3 ini.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya telah melangsungkan pertunangan bersama Haris pada tanggal 18 Ogos yang lalu. Pertunangan berlangsung dekat kediaman saya di Telok Mas, Melaka. Insya Allah, kami merancang untuk bertunang selama setahun sebelum kami berdua bersedia untuk menempuhi gerbang perkahwinan,” jelas Chad memulakan perbualan.




Ketika ditanya mengenai saat-saat perkenalannya bersama Haris, Chad menceritakan yang dia mengenali Haris pada tahun lalu.

“Kami berkenalan semenjak tahun lepas, dalam bulan September. Selepas tiga bulan berkenalan, kami serius menjalinkan hubungan cinta. Dua bulan yang lalu, baru kami mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan,” ujar penyampai segmen Hot FM Zon di Hot FM ini.

Bercakap mengenai ciri-ciri Haris yang membuatkan Chad terpaut, Chad menjelaskan yang dia menggemari sikap Haris yang merupakan seorang jejaka yang agak pemalu.

“Haris seorang yang pemalu. Dia seorang yang tidak banyak bercakap. Saya terpikat dengan dirinya kerana dia juga seorang yang mempunyai sifat sopan santun. Bukan senang nak tengok seorang lelaki ada sikap pemalu dan sopan santun,” cerita Chad mengakhiri perbualan.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 30-8-2013 09:09 AM
sape haris ni?
x knal pun
tau lagu sesal mendua tu je

ni band indon ke??
Quote myralupilato 30-8-2013 09:13 AM
miawpink posted on 30-8-2013 09:09 AM
sape haris ni?
x knal pun
tau lagu sesal mendua tu je

band malaysia tapi lagu dan stail nyanyi ala ala indon
Quote miawpink 30-8-2013 09:14 AM
myralupilato posted on 30-8-2013 09:13 AM
band malaysia tapi lagu dan stail nyanyi ala ala indon

ooo haris ni orang mesia ye
ngat kn orang indon tadi
Quote mixed 30-8-2013 09:15 AM
muka pn ala ke laut gak

tp ok lah sesuai sgt dgn chad chit tu

sendu


next!!!!!
Quote iluma 30-8-2013 09:17 AM
chad ni puang rupanya
Quote myralupilato 30-8-2013 09:17 AM
miawpink posted on 30-8-2013 09:14 AM
ooo haris ni orang mesia ye
ngat kn orang indon tadi

malaysia mari

tp dua dua pun suam suam kuku...
Quote miawpink 30-8-2013 09:17 AM
dr ig chad









Quote miawpink 30-8-2013 09:18 AM
myralupilato posted on 30-8-2013 09:17 AM
malaysia mari

tp dua dua pun suam suam kuku...

sesuai la depa dua tu
Quote tomet05 30-8-2013 09:25 AM
sesuwai la kan
Quote selendangungu 30-8-2013 09:29 AM
mixed posted on 30-8-2013 09:15 AM
muka pn ala ke laut gak

tp ok lah sesuai sgt dgn chad chit tu

hahahaha..setuju statement uols...
aperpun selamat menempuh alam perkahwinan...
ingatkan klangit ni band indon
Quote menjad 30-8-2013 09:29 AM
boleh lar....
Quote myakayina 30-8-2013 09:32 AM
tidak ku kenal akan dirimu.. anyway tahniah ler..
Quote rolypoly 30-8-2013 09:34 AM
sesuaiiiiii, sama2 sendu
Quote blinkazwa 30-8-2013 09:35 AM

Haritu aku balik keje kul 8 lebih camtu.
Segmen dia dgn Deen Hotfm Zon tu...

Pastu dia pasang lagu Yuna-Lelaki..
Lepas tu dia kata "itu lah dia lagu lelaki.. Lelaki tak guna macam  Deen.."
Lepas tu dia gelak2.. And Deen cam terkejut.. Deen kata "sampai hati awak kata sy macam tu.. Sy ni baru jer masuk lepas gi solat tadi.. "
Pastu Chad gelak2 dia kata "mintak maaf Malaysia"

Walaupun tu cara dia bergurau.. Tapinya cam tak kena..
Dah tu tagline dia Chad Selamber Jeeee... ntah mende2...


Ok.. Aku tak suke Chad..
Sekian..
Quote miawpink 30-8-2013 09:41 AM
blinkazwa posted on 30-8-2013 09:35 AM
Haritu aku balik keje kul 8 lebih camtu.
Segmen dia dgn Deen Hotfm Zon tu...

dia ckp mcm tu?
melampau nya chad ni
Quote malaywood.NET 30-8-2013 09:42 AM
tak kenal lah...
Quote tintin22 30-8-2013 09:44 AM
miawpink posted on 30-8-2013 09:14 AM
ooo haris ni orang mesia ye
ngat kn orang indon tadi


iols pon same,mcm indon skit stail
Quote blinkazwa 30-8-2013 09:47 AM
miawpink posted on 30-8-2013 09:41 AM
dia ckp mcm tu?
melampau nya chad ni

iyerr cik miaww..
Masa tu kita yg dgr ni pun terkejut..
suka hati melabelkan org tak guna..
satu malaysia dgr kot..
walaupon lepas tu dia gelak2 kata mintak maap mesia pun, org still boleh ingat apa dia kata dkt Deen..
Quote miawpink 30-8-2013 09:48 AM
blinkazwa posted on 30-8-2013 09:47 AM
iyerr cik miaww..
Masa tu kita yg dgr ni pun terkejut..
suka hati melabelkan org tak guna..

dia patut jaga tutur kata
da la org x knl sngat dia ni
org yg kenal pun boleh meluat ngan dia ni

nak gurau pun berpada pada la

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.173171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top