Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut akibat didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya. Kejadian yang berlaku di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson itu menyaksikan mangsa tiodak sedarkan diri sebelum dibawa oleh bapanya ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Namun, dia disahkan meninggal dunia setibanya di hospital pada 12.30 malam. Menurut Astro Awani, kes tersebut mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun hasil bedah siasat, ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata, "Hasil bedah siasat mendapati, terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut serta kecederaan pada organ dalaman.
"Antara kecederaan termasuk kerosakan pada buah pinggang, kedua-dua rusuk kiri dan kanannya patah, kecederaan pada usus besar, serta kesan koyakan dalaman pada bahagian paha, dipercayai dipukul dengan objek tumpul." Susulan itu polis menahan bapanya yang juga seorang anggota tentera serta ibu tirinya yang tidak bekerja. Pada Jun tahun lalu, ibu kandung mangsa yang juga seorang anggota tentera pernah membuat laporan polis selepas mendapati mangsa yang berada di bawah jagaan bekas suaminya, mempunyai kesan lebam pada beberapa bahagian badan. Kes kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Seremban tetapi ia diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) pada 24 Julai atas alasan suspek (bapa kandung) memukul atas dasar ingin mengajar mangsa. -CARI
|
5
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2 replied at 1-2-2018 02:08 PM
Melayu ka ni...hilang mood baca kisah ni.......apa yang ko dera anak tu sampai rosak buah ping ...
FOTHER-MUCKER replied at 2-2-2018 07:18 AM
Taraf lebih tinggi dari melayu biasa kerana dia memakai jubah hitam dan bersongkok.
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.
"Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi ketika dia mahu mendidik mangsa," katanya.
noor2 replied at 2-2-2018 07:31 AM
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu ...
ADVERTISEMENT