Malaysia cukup terkenal kerana keunikan pelbagai kaum yang ada, termasuk juga makanan yang sentiasa menarik perhatian ramai terutama sekali pelancong.
Jadi tidak hairan jika di Malaysia juga terdapat makanan pelik yang menjadi juadah kebanyakan rakyatnya kerana keenakannya. Mungkin kali pertama anda lihat rasa tidak lalu nak makan. Namun bila dah rasa makanan tersebut mesti nak makan lagi. Di sini kami ingin senaraikan enam makanan pelik yang ada di Malaysia tetapi menjadi pilihan ramai kerana dikatakan sedap seperti ditulis di laman Butterkicap. Anda jangan risau kerana makanan yang disenaraikan ini bukanlah kategori yang terlalu ekstrem hingga anda tak larat nak tengoknya. Jadi ini senarainya: 1) Sup Torpedo Namanya pun dah cukup mengerikan. Torpedo? Adakah dihidangkan bom? Jawapan dia bukan. Sup Torpedo ini adalah sup yang menggunakan zakar lembu. Kebanyakan sup ini dihidangkan di kedai mamak, tetapi masih ramai rakyat Malaysia di luar sana tidak tahu mengenai Sup Torpedo ini. Berdasarkan cerita mereka yang selalu makan sup ini, Sup Torpedo dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki agar lebih 'bertahan lama'. Jadi bagi yang ingin tahan lama, bolehlah ke kedai mamak cari sup ini untuk dicuba. 2) Kaki Ayam Bagi pengemar makanan ini pasti bagi mereka tiada apa yang pelik mengenai kaki ayam ini. Namun anda harus tahu bahawa ada juga individu yang tidak memakannya kerana menganggap ia sesuatu yang aneh. Kaki ayam kalau kena cara masaknya pasti bertambah selera anda memakannya. Antara masakan kaki ayam yang sering menjadi pilihan adalah sup serta kerabu. Ada yang berkata bahawa kaki ayam ini mempunyai khasiatnya tersendiri iaitu boleh memulihkan sendi tulang yang kian rapuh. 3) Belalang Goreng Beras Dahulu zaman nenek moyang kita belalang goreng bukanlah makanan yang pelik bagi mereka tetapi dek arus pembangunan makanan ini semakin dilupakan. Gorengan belalang ini antara juadah yang amat terkenal di Kelantan terutamanya di Bachok. Mana tidaknya kerangupan setiap belalang tersebut pasti menyebabkan anda memakannya tanpa henti. Anda tak perlu berasa was-was kerana belalang goreng ini enak dimakan terutamanya bila ditambah daun kari bagi memberi rasa pedas. Setiap gigitan rangup yang anda makan adalah berbaloi. 4. Beronok Tiada apa yang lebih menggelikan bagi sesetengah orang apabila makan makanan mentah. Kalau di Sarawak Ulat Sagu atau Mulong cukup popular dikalangan penduduknya terutama sekali kaum Melanau. Tetapi tahukah anda di Langkawi terdapat sejenis kehidupan laut dikenali sebagai Beronok? Beronok ini hidup di kawasan pantai yang berselut. Hidupan laut ini dikatakan enak dimakan mentah atau dibuat kerabu dikalangan komuniti Melayu di Langkawi. Nak sedap lagi mereka cakap boleh makan dengan nasi panas. Jadi kalau anda bercuti ke Langkawi bolehlah cuba Beronok untuk merasai keenakan makanan pelik ini. 5. Hinava Ini adalah satu lagi makanan mentah yang berasal dari hidupan laut dan hidangan ini dipanggil Hinava dan cukup terkenal di Sabah. Merupakan makanan Orang Asli Kadazan Dusun, Hinava dikategorikan sebagai salad yang dimakan bersama ikan mentah diperap dalam jus limau. Sama seperti Beronok, Hinava juga sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dimakan begitu sahaja. Awas makanan ini sedikit masam jadi pasti muka akan berkerut bila menikmatinya. 6. Sambal Strawberi Ikan Masin Kita tahu bahawa buah strawberi biasanya dijadikan sebagai jem. Tetapi berlainan di Cameron Highland buah strawberi dijadikan sebagai sambal tumis tak cukup dari itu ditambah ikan masin. Pelik bukan bagi yang pertama kali dengar dan tak pernah makan makanan ini. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana rasanya bila rasa pedas dicampur dengan manis dan masam strawberi dan kemudian ada pulak rasa masin dari ikan masin. Jangan khuatir kerana campuran semua rasa ini menjadikan makanan pelik ini sangat sedap. Bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih malah sambal strawberry ikan masin ini juga boleh disapu dengan roti. Jadi itulah enam makanan pelik yang ada di Malaysia tetapi mempunyai rasanya yang enak. Jika ada yang anda belum rasa bolehlah cuba carinya. Selamat mencuba. -CARI
|
13
Bagus |
16
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aleesyasofia: iolss tak prnh mkn kaki ayam.. ada skali tue beli nasi kukus dpt skali dgn kaki ayam pedal sgala tue.. sje cuba kaki ayam.. sdap jgk..
ADVERTISEMENT