CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bahaya Kalau Dua Bahan Tu Bercampur,"- Viral 4 Orang 'Sawan' Minum Kopi Durian

1-2-2018 03:42 PM| Diterbitkan: Cari-Abdul| Dilihat: 6293| Komen: 18|Original author: Oleh: Abdul

Beberapa hari lepas, satu Malaysia kecoh apabila rakaman video yang menunjukkan empat individu seakan-akan terkena sawan selepas minum kopi pra campur berperisa durian tersebar.


Difahamkan keempat-empat lelaki itu mengalami simptom sama seperti tekanan darah tinggi, berpeluh, resah, dan telah ditempatkan di Zon Merah Bahagian Kecemasan Hospital Pulau Pinang.

Nah saksikan videonya di bawah.


Menurut seorang pengguna Facebook bernama Maz Ahmad, buah durian mengandungi alkohol dan ia tak sesuai untuk sesiapa yang ada kandungan asid urik yang tinggi, dan kopi pula mengandungi kafein, yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah bila bercampur dengan durian.

Baca status beliau di bawah.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, perkara itu masih dalam siasatan dan dua lelaki itu masih menerima rawatan dan dalam keadaan yang stabil.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi.

Perkara ini telah menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, rata-ratanya berpendapat kopi dan durian bukanlah kombinasi yang sesuai.



Macam mana? Ngeri pula tengoknya kan. Jadikan ini sebagai pengajaran, sebelum ambil apa-apa minuman, periksa dahula apa kandungannya ya. -CARI
24

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
19

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainsack 1-2-2018 05:29 PM
Betul ke ni
Quote Rainsack 1-2-2018 05:29 PM
Boleh ke durian coffee together nacam ni
Quote RatuDunia94 1-2-2018 05:32 PM
Dulu arwah ayah iols selalu pesan lps makan durian jgn minum air kopi. Buah manggis pon x boleh bcmpur dgn kopi. So sampai skrg iols ikut je petua tu..
Quote Rainsack 1-2-2018 05:33 PM
Betul ke boleh jadi nacam ni
Quote Jorja 1-2-2018 06:24 PM
2 fakta penting. 1st orang yg suka makan durian banyak banyak ni tolong sedar diri..bau nafas u akan busuk macam bangkai lepas 5-7 jam jadi jangan banyak cakap sila berak cepat. 2nd kalau datang sabah jgn guna bas ekspress senex sebab driver bas kurang ajar. Derang akan suka suka singgah makan durian sedangkn dah singgah makan nasi awal tadi. Kena tunggu hampir sejam, derang tak kisah pun passenger yg dah bayar tu ada yg nak cepat sampai
Quote esteryen 1-2-2018 07:09 PM
Rainsack: Betul ke boleh jadi nacam ni


Yg i tau dulu ada satu drink FourLoko yg campuran alcohol n coffee; mmg gila2 orang yg minum tu n mereka xingat apa2 lepas tu..kalau tgk kat u-tube so scary..
Quote MissMamamia75 1-2-2018 08:23 PM
Baru lepas tgk diorg interview mamat2 ni kat beritavTV9..salah srg tu kata..lepas minum..kepala dia asyik ke kiri ke kanan ..(tergeleng2 kot maksud dia)..pastu dia kata...siap mimpi bahaya lagi....hahaha...lawak pulak cara dia cerita..

giler sungguh penangan air kopi derian nih
Quote buapakperut 1-2-2018 08:29 PM
Penah koleg iols masuk sepital sebab mkn durian n minum cola kalau tak silap. Apendiks potong.
Quote HannahMontana 1-2-2018 08:40 PM
durian busuk , makan durian bersama-sama  persis berak berjemaah.

serius durian lahabau busuk mcm tahi.
Quote yangsemb 1-2-2018 09:25 PM
From small meols dh tau xleh campur durian wif coffee, i mean lepas minum kopi elakkan makan durian or vice varsa
Quote ciknam 1-2-2018 11:23 PM
Iols makan durian, pening. Angin. Minum kopi pun pening. Angin. Campur dua2 serentak, mmg boleh sawan kot
Quote mziskandar 2-2-2018 02:38 AM
Pernah try kopi durian last year. Tapi x ingat either poduct yg sama atau tidak. Minum secawan je pastu x mo dah, sbb x kena ngan selera. Bau dia lagi kuat drpd buah durian. Aku cuma boleh terima buah durian atau jajan durian tu je.
Quote delsmomm 2-2-2018 08:25 AM
Iols dpt mesej ni kmaren..
Exactly mcm iols suspect..ade dadah kot..

*SALAM  SEJAHTERA YDH DATO' KP/ DATO' TIMB KP / DATO' KJSJ / DATO' KJPJKK / TUAN KCK / TUAN-TUAN / PUAN-PUAN*

*MAKLUM KES 2 WARGA NEPAL TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL SELEPAS MINUM MINUMAN KOPI DURIAN MYCAFE*

Maklum Pulau Tikus Repot 419/18  30/01/18 @ 2211Hrs
Rakam Percakapan Mangsa: 31/01/18 @ 2245Hrs
Pergi tempat kejadian : 31/01/18 @ 2315Hrs
Tarikh Kejadian : 30/01/18 @ 1030HRS

*Seksyen 272 KK (Mencampurkan Makanan Atau Minuman Untuk Jualan Dengan Benda Yang Kurang Baik)*

IO INSP CHE NORHAYATI BINTI NAWI (012-2586273)
SIO ASP ZURAIDAH BINTI MOHD NOOR  (0125012256)

*A) Pengadu* 1/P/Cina
Nama: Gan Ee Leng KP: 820520075262, Umur: 35 Tahun, Kerja: Pegawai Perubatan

*B) Tempat Kejadian:*
Di Pondok Pengawal Keselamatan Moulmein Rise Jln Pasar Pulau Tikus

*C) Mangsa (2/L warganegara Nepal)*
1. Vishnu Shrestha (No Passport: LL05622925)
2. Sapkotamangal Prasad (No Passport: LL07583881)

*D) Keterangan Kes:*
Pada 30/01/2018 Jam 2211hrs pengadu yang merupakan seorang pegawai perubatan membuat laporan mengenai 2/L Nepal dimasukkan ke Wad C6 Hospital P.Pinang kerana menjadi tidak menentu selepas minum kopi durian Mycafe di pondok pengawal keselamatan Moulmein Rise Jln Pasar Pulau Tikus.

*E) Hasil Siasatan*
1. Kejadian berlaku di pondok pengawal keselamatan Moulmein Rise Jln Pasar Pulau Tikus di bawah Syarikat Golden Security. Mangsa merupakan 2/L warganegara Nepal dan telah bekerja di Moulmein Rise lebih kurang setahun yang lalu.
2. Semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang bekerja shif pagi ( 7 pagi – 7 malam). Pada jam lebih kurang 0940hrs salah seorang daripada mangsa bernama Vishnu Shrestha duduk  di pondok pengawal dan seorang lagi pergi meronda, datang 1/P cina yang tidak dikenali telah memberikan sebungkus kopi durian Mycafe yang didalamnya terdapat 16 paket kecil. Perempuan cina tersebut memberikan secara percuma kepada mangsa dan kemudian beredar dari situ.
3. Selepas rakan mangsa bernama Sapkotamangal Prasad selesai ronda, mereka panaskan air dan bancuh kopi tersebut. Selepas minum, lebih kurang 2 minit, mereka merasa sakit di bahagian dada dan sukar bernafas. Tidak lama kemudian mereka berdua tidak sedarkan diri.
4. Mangsa bernama Vishnu Shrestha mengatakan dia tidak kenal perempuan cina tersebut dan tidak dapat cam muka wanita itu.
5. Rakaman percakapan dengan Yusmiza Binti Jusoh ( Pegawai Teknologi Makanan, Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pulau Pinang ) mengatakan bahawa hasil analisa makmal mengesahkan di dalam paket kopi durian yang diminum oleh 2/L Nepal ini mengandungi bendasing yang disyaki sejenis dadah.
6. Puan Yusmiza juga mengatakan hasil analisa sampel paket kopi berkenaan menujukkan bahawa paket tersebut telah di buka dan diseal semula kerana bahagian bawah paket tersebut menunjukkan kesan koyakan. Manakala berat paket yang diseal semula itu menujukkan penambahan lebih 10gram daripada berat asal iaitu 40gram kepada 50gram.Didalam serbuk kopi tersebut juga mengandungi bendasing berwarna hijau berbeza dengan paket asal.
7. Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pulau Pinang telah menjalankan perbandingan antara sampel kopi durian yang diminum oleh 2/L Nepal tersebut dengan paket asal dari kilang. Hasilnya terdapat perbezaan dari segi berat,bahan campuran dan pembungkusan asal serbuk kopi tersebut.
8. Pihak makmal mengesyaki bahawa bahan yang dicampur di dalam serbuk kopi berkenaan adalah sejenis dadah (yang tidak dapat dipastikan lagi jenis apa) berdasarkan simptom-simptom yang di alami oleh pesakit.
9. Kejadian pertama adalah pada 27/01/2018 apabila 2 orang wanita berbangsa cina yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana minum kopi durian tersebut dan mengalami simptom-simptom yang sama seperti 2/L Nepal tersebut. 2/P cina ini mendapat serbuk kopi tersebut daripada orang yang derma kepada tokong.

*F) Status kes :  Siasatan*

*G) Tindakan :*
- Rakam Percakapan Mangsa- mangsa
-Rakam Gambar Tempat Kejadian
- Rakam Percakapan Pengadu/doktor
- Ambil Sampel Kopi Durian Untuk Hantar Ke Jabatan Kimia
- Dapatkan Laporan Analisis Daripada Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pulau Pinang
- Membuat permohonan laporan perubatan

Siasatan lanjut diteruskan.

*UNTUK MAKLUMAN YDH DATO' KP/ DATO' TIMB KP / DATO' KJSJ / DATO' KJPJKK / TUAN KCK / TUAN-TUAN / PUAN-PUAN.*

*TERIMA KASIH.*
Quote haryatie 2-2-2018 09:29 AM
org tua dulu2 mmg larang makan/minum segala yg bercampur
sbb x semua tu sesuai dgn badan seseorg
zmn sekrang jerk org suka sgt segala benda smua nk dicampur dalam 1 masa
mcam esok da xde time lg nk makan/minum
semua nk telan..


Quote LuLu^Lost 2-2-2018 10:07 AM
teringat sorang lelaki kat KK...panjat bumbung myvi. jadi mcm tak betul dah. entah2, dapat kopi percuma juga pe tu? naya la woiii.

mmg kalau sachet, berisiko utk org lain isi dgn bendasing. air yg dah dibancuh pun lagilah berisiko. kes di indonesia. letak sianida dalam kopi. meninggal terus mangsa.
Quote aleesyasofia 2-2-2018 10:43 AM
delsmomm replied at 2-2-2018 08:25 AM
Iols dpt mesej ni kmaren..
Exactly mcm iols suspect..ade dadah kot..


oic..jd kiranya bkn effect kopi dan durian smata2.. tp ada benda lain la ye..
Quote cmf_premierleag 2-2-2018 11:49 AM
kalau nak sihat dan selama, minum jah air suam
esp kalau makan durian, minum jah air suam/spritzer mineral bagai
bodoh sgt ko gi campur kopi + durian
Quote Shirley23 3-2-2018 12:16 AM
Ya Allah, kesiannya. Misteri sungguh identiti wanita cina tu. Kopi dan durian memang nikmat. Tapi aku dah lama berhenti makan & minum atas faktor kesihatan.  

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089388 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top