CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Lengkap Percutian Di Bali Jika Tidak Sampai Ke Pulau Nusa Penida. Ini Sebabnya..

30-1-2018 12:52 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5892| Komen: 5|Original author: Oleh: Faizal

Siapa tidak kenal Bali kan? Sebuah tempat percutian yang kegemaran para pelancong untuk bercuti di sana tidak kira pengunjung dari Indonesia atau negara luar. 

Bagi yang selalu ke Bali sudah tentu nama Pulau Nusa Penida tidak asing bagi anda.


Nusa Penida merupakan sebuah pulau yang terletak di tenggara Bali yang dipisahkan oleh Selat Bandung. Pulau Nusa Penida pula mempunyai 3 pulau yang kecil diberi nama Nusa Penida, Nusa Ceningan dan Nusa Lembongan.

Perairan pulau ini adalah sangat terkenal dengan aktiviti menyelam. Antara perairan yang popular dengan aktiviti ini ialah Penida Bay, Manta Point, Batu Meling, Batu Lumbung, Batu Abah, Toyapakeh dan Malibu Point.

Pulau Nusa Penida (Sumber : infodenpasar.com)


Bagi yang hendak pergi ke Pulau Nusa Penida, perjalanan dimulakan dengan menumpang speedboat melalui pantai Sanur. Jadual pergerakan speedboat menuju pulau Nusa Penida ini adalah seawal 7.00 pagi dan perjalan dari pantai ini untuk ke ini mengambil masa 1 jam.

Anda tidak perlu risau kerana banyak kaunter penjualan tiket speedboat yang terdapat di pantai Sanur ni. Tapi pastikan anda membeli tiket di kaunter yang sah. Bukan dari ulat-ulat tiket ya. Di takuti anda tertipu nanti.

Antara lokasi-lokasi yang menarik yang anda boleh kunjugi sekitar Pulau Nusa Penida

1. Pantai Crystal Bay

Pantai Crystal Bay mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai yang kesini ingin melihat dengan mata sendiri kejadian semulajadi pulau batu karang kecil betul-betul berhadapan dengan pantai ini. Secara geografinya, pantai ini diapit oleh batu karang yang tinggi menampakkan pantai ini tidaklah begitu besar dan ombak dipantai tidaklah begitu kuat sangat. Jadi, ia selamat untuk anak-anak bermain di gigi pantai.

Crystal Bay (Sumber : infokebali.com)

2. Pasih Uug, The Broken Beach

The Broken Beach terletak agak jauh dari Pantai Crystal Bay. Dan perjalanan untuk ke sini agak mencabar. Namun, cabaran yang anda hadapi untuk kesini pasti berbaloi dek kerana keindahan pemandangan yang disajikan. Pemandangan lautan yang luas terbentang dengan air laut yang membiru dan juga batu karang di kiri dan kanan pantai sudah pasti membuat mata terbuai dengan keindahan ini.

Broken Beach (Sumber : Google)

Yang paling menarik, terdapatnya terowong batu karang yang membentuk jambatan yang bergerbang membuat pemandangan menjadi begitu indah. Di bawah gerbang itu kelihatan ikan-ikan berenang-renang sungguh menggamit mata yang melihatnya.

3. Angel’s Billabong, Broken Bay

Lokasi pantai ini berdekatan dengan Pasih Uug. Pantai ini sangat menakjubkan kerana airnya yang jernih dan dilitupi dengan batu karang di kiri dan kanan membolehkan anda melihat dengan jelas keadaan di dasar laut. Ramai juga pengunjung melakukan aktiviti snorkeling di sini.

Broken Bay (Sumber : infokebali.com)

4. Pasih Andus

Pantai ini juga berdekatan dengan Pasih Uug kira-kira dalam 25 minit berjalan kaki. Menariknya di pantai ini ialah ombak yang menghempas dinding batu karang menghasilan bunyi yang bergemuruh dan percikan air laut yang tinggi dari obak adalah pemandangan yang sangat cantik. Sudah pasti ramai yang teruja dan mengambil peluang untuk merakan kejadian ini sebagai kenang-kenangan.

Pasih Andus (Sumber : mentaribaliholiday.com)

Pantai-pantai yang terdapat di Nusa Penida begitu cantik bukan? Jika ada peluang untuk bercuti ke Bali jangan lupa untuk bercuti di pulau ini. Sudah pasti anda akan membawa pulang memori yang sangt indah bila bercuti di sini. - CARI 
14

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Iema5008 30-1-2018 04:25 PM
Dalam tahun ni mmg nak aim mai nusa penida ni skali lagu... la ni nak try travel sorang p sini..
Quote cmf_ultraviolet 30-1-2018 06:31 PM
cantiknya
Quote Rainsack 31-1-2018 11:38 PM
Ni nampak best{:kill
Quote Alin8810 18-2-2018 09:47 PM
tapi boat ride ke sini memang sangat bumpy
Quote aunisofia 10-4-2018 03:22 PM
cantiknya...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.190498 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top