Bagi sesetengah orang, mandi dengan air dingin di pagi hari adalah suatu hal yang sukar dilakukan. Ada bermacam ragam orang nak mandi air sejuk di pagi hari. Ada yang menjerit terlolong, ada juga yang terlompat-lompat kesejukan. Kerana itulah, ramai lebih memilih untuk mandi air hangat di pagi hari.
Mandi dengan air sejuk sebenarnya salah satu cara untuk anda meningkatkan semangat bagi memulakan aktiviti di pagi hari. Tapi tahukah anda, kulit akan menjadi cantik dan sihat sekiranya anda mandi seawal jam 5 pagi. Alamak, tak awal sangat ke tu? Kalau anda perasan, orang tua dulu-dulu sampai sekarang kelihatan segar-bugar sahaja lantaran amalan penjagaan kesihatan seperti mandi awal pagi. Sebab itu mereka selalu berpesan, anak dara kena bangun awal dan mandi pagi. Bukan sahaja untuk kulit cantik, tetapi juga untuk kesegaran badan.
Menurut kajian, gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi berbanding waktu lain yang mana ianya membantu melancarkan peredaran darah. Kalau peredaran darah tersekat, memang mudah kelesuan dan penat untuk meneruskan aktiviti harian. Kebanyakan orang mengalami masalah ini, iaitu 'mata panda'. Jadi, sila mandi pagi dengan air sejuk untuk membantu mengurangkan lebam bawah mata dan juga melembutkan kuku serta kulit. Tengok tu? Guna bahan semula jadi saja untuk merawat mata panda. Anda yang sedang merancang untuk hamil, jadikan mandi pagi sebagai rutin kerana mandi pada waktu ini meningkatan kesuburan. Ianya membantu meningkatkan hormon testosteron lelaki dan estrogen wanita. Jangan tak tahu, mandi pagi juga membantu meningkatkan jumlah sel darah putih yang penting untuk kesihatan badan. Kenapa? Bila sel darah putih banyak, badan kita imun dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Jadi, bukan saja-saja orang tua dulu-dulu bagi nasihat, malah banyak manfaat dapat kita ambil. Kalau belum cuba, jom mulakan dari sekarang! - CARI
|
13
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 30-1-2018 10:33 AM
Sejukkkk......
meisapoya replied at 30-1-2018 11:00 AM
Ade org tua2 ckp, mandi sblm matahari terbit blh buat kite jadi kurus. Ye la kot ek.
Tapi klu ma ...
prizadane replied at 30-1-2018 12:52 PM
mungkin betul. mak aku mandi everyday seawal 5am. memang kurus n takde perut buncit langsung... ev ...
aleesyasofia replied at 30-1-2018 02:39 PM
mmg btul la petuanya tue.. mak iolss mmg jnis suka mndi awal.. pkul 5pg mndi dah.. muka nmpk muda.. ...
jazaa100 replied at 30-1-2018 03:24 PM
Waaa.....
Semangat ni.....
prizadane replied at 30-1-2018 03:28 PM
try la..haku tak mampu...tu yang perut buncit je
ADVERTISEMENT