Bagi sesetengah orang, mandi dengan air dingin di pagi hari adalah suatu hal yang sukar dilakukan. Ada bermacam ragam orang nak mandi air sejuk di pagi hari. Ada yang menjerit terlolong, ada juga yang terlompat-lompat kesejukan. Kerana itulah, ramai lebih memilih untuk mandi air hangat di pagi hari.
Mandi dengan air sejuk sebenarnya salah satu cara untuk anda meningkatkan semangat bagi memulakan aktiviti di pagi hari. Tapi tahukah anda, kulit akan menjadi cantik dan sihat sekiranya anda mandi seawal jam 5 pagi. Alamak, tak awal sangat ke tu?
Kalau anda perasan, orang tua dulu-dulu sampai sekarang kelihatan segar-bugar sahaja lantaran amalan penjagaan kesihatan seperti mandi awal pagi. Sebab itu mereka selalu berpesan, anak dara kena bangun awal dan mandi pagi. Bukan sahaja untuk kulit cantik, tetapi juga untuk kesegaran badan.
Foto: alifchanel.com
Menurut kajian, gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi berbanding waktu lain yang mana ianya membantu melancarkan peredaran darah. Kalau peredaran darah tersekat, memang mudah kelesuan dan penat untuk meneruskan aktiviti harian.
Kebanyakan orang mengalami masalah ini, iaitu 'mata panda'. Jadi, sila mandi pagi dengan air sejuk untuk membantu mengurangkan lebam bawah mata dan juga melembutkan kuku serta kulit. Tengok tu? Guna bahan semula jadi saja untuk merawat mata panda.
Foto: Kason Mattress
Anda yang sedang merancang untuk hamil, jadikan mandi pagi sebagai rutin kerana mandi pada waktu ini meningkatan kesuburan. Ianya membantu meningkatkan hormon testosteron lelaki dan estrogen wanita.
Foto: Washington United for Marriage
Jangan tak tahu, mandi pagi juga membantu meningkatkan jumlah sel darah putih yang penting untuk kesihatan badan. Kenapa? Bila sel darah putih banyak, badan kita imun dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Foto: Carian Internet
Jadi, bukan saja-saja orang tua dulu-dulu bagi nasihat, malah banyak manfaat dapat kita ambil. Kalau belum cuba, jom mulakan dari sekarang! - CARI |