Rasanya ramai yang gemar menonton drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama. Betul tak? Kebiasaannya, mereka yang menonton drama Korea sukar untuk ‘move on’ sehingga menyebabkan mereka menonton secara berterusan sehingga mengabaikan waktu rehat dan tidur.
Tidak dapat dinafikan K-Drama sememangnya membuatkan kita ketagih! Namun, tahukah anda terdapat kesan negatif sekiranya kita menonton televisyen atau komputer riba dalam jangka masa yang lama? Salah satunya terjadi kepada wanita yang berasal dari China ini apabila dia telah menghabiskan masa hujung minggunya dengan menonton drama Korea sehingga dikejarkan ke hospital.
Dia yang tinggal di Nanjing menghabiskan masa dengan menonton drama yang bertajuk Cheese In The Trap dan Descendans of The Sun. Bayangkan dalam masa 2 hari, dia berjaya menghabiskan kedua-dua drama bersiri tersebut! Dia langsung tidak menghiraukan masa rehat dan tidur serta tidak menjaga makan minumnya kerana mahu menonton kedua-dua drama tersebut sehingga habis. Akibatnya, dia merasa sakit yang teramat pada matanya dan seterusnya penglihatan menjadi kabur serta mengalami pening kepala sebelum dikejarkan ke hospital. Menurut doktor yang merawatnya, dia mengalami ‘acute glaucoma’ dan hampir buta. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana segera mendapatkan rawatan awal sebelum keadaan menjadi lebih parah. Fuh, dahsyatnya penangan K-Drama ni kan. Sampaikan tidur pun diabaikan. Tak salah kalau nak menonton drama tapi pastikan mata dan badan mendapat rehat yang mencukupi sekiranya enggan mendapat penyakit. -CARI |
ADVERTISEMENT