CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2415|Reply: 16

Awas, Anda Boleh Buta Sekiranya Menonton Drama Korea Secara Marathon!

[Copy link]
Post time 29-1-2018 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Rasanya ramai yang gemar menonton drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama. Betul tak?


Kebiasaannya, mereka yang menonton drama Korea sukar untuk ‘move on’ sehingga menyebabkan mereka menonton secara berterusan sehingga mengabaikan waktu rehat dan tidur.





Carian Google


Tidak dapat dinafikan K-Drama sememangnya membuatkan kita ketagih! Namun, tahukah anda terdapat kesan negatif sekiranya kita menonton televisyen atau komputer riba dalam jangka masa yang lama?


Salah satunya terjadi kepada wanita yang berasal dari China ini apabila dia telah menghabiskan masa hujung minggunya dengan menonton drama Korea sehingga dikejarkan ke hospital.


Dia yang tinggal di Nanjing menghabiskan masa dengan menonton drama yang bertajuk Cheese In The Trap dan Descendans of The Sun.



Carian Google



Bayangkan dalam masa 2 hari, dia berjaya menghabiskan kedua-dua drama bersiri tersebut!



Carian Google




Dia langsung tidak menghiraukan masa rehat dan tidur serta tidak menjaga makan minumnya kerana mahu menonton kedua-dua drama tersebut sehingga habis.


Akibatnya, dia merasa sakit yang teramat pada matanya dan seterusnya penglihatan menjadi kabur serta mengalami pening kepala sebelum dikejarkan ke hospital.








Menurut doktor yang merawatnya, dia mengalami ‘acute glaucoma’ dan hampir buta. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana segera mendapatkan rawatan awal sebelum keadaan menjadi lebih parah.



Carian Google



Fuh, dahsyatnya penangan K-Drama ni kan. Sampaikan tidur pun diabaikan. Tak salah kalau nak menonton drama tapi pastikan mata dan badan mendapat rehat yang mencukupi sekiranya enggan mendapat penyakit. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya.. Drama korea mmg durasinya panjang.. 1 jam lbh jugak utk 1 episod.. Lain la drama malaysia tolak iklan, tolak montaj itu ini tinggal 40 minit jah 1 episod...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:03 PM | Show all posts
dasyat.. 2 drama marathon 2 hari jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana lah dia paksa mata yek. I kalau dah time tido tu citer best pun tertido gak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:53 PM | Show all posts
Bukan salah drama salah diri sendiri yang nak buat sebegitu, apa2 yang berlebihan pasti akan memudaratkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun peminat drama korea jugak .. tp tidaklah tidak mkn tidak tido sbb nk layan drama .. x koser .. marathon cite ok je tp still ada rehat.. kn masak la .. mandi .. solat .. makan .. mengemas .. waktu senggang br layan blk .. tidaklah obses cenggini ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gigihnya tgk 2 drama dlm masa 2 hari.. iolss kalau marathon 1 korea drama pon plg kurg mau jgk 3 hari.. idok ler nk ngadap smpai xmkn xmnum sgala..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:05 PM | Show all posts
zaman study dulu boleh la marathon cd korea. skrg ni nak tgk citer pakcik pun pkl 7.45 mlm baru dpt. tak smpai pkk 10.30 mlm da kiok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 11:31 PM | Show all posts
kat netflix,amazon pun keluar drama 1 season sekali harung tu pun best gak kalo nak marathon.tapi aku tak penah buat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
X Mngantuk ke??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 08:36 AM | Show all posts
mcm mana blh tak mengantuk 2 hari??  

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:06 AM | Show all posts
gilerrr..
2 hari ngadap tv x ke mana2
peningg aku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:10 AM | Show all posts
Wey aku selalu buat ni tapi takde la tak tido langsung gila ke haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ya ampun tkut nye.  aku pun mmg suke tgk korea smpai x tdo{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Wlupun suka drama korea x sanggup iols nak bermarathon bagaiiii.. {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman study dulu asal weekend slalu layan marathon movie,running man la..dari pagi2 subuh membawak ke ptang..pastu malam sambung lg,kdang satu hari xmandi..nasib baik xmletup laptop 2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa...bukan salah drama tapi salah orang tu. Akak tak tahan hadap tv lama2 mesti zzzzz tapi pernah tak tidur sebab baca novel harry potter sampai mata sembab dan lusanya MC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058176 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list