Pyongyang: Bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah antara 12 artis negara itu yang dihukum tembak sembilan hari lalu. Hyon Song-wol, seorang penyanyi, dikhabarkan bekas kekasih Jong-un dan ditahan pada 17 Ogos lalu bersama 11 lain atas dakwaan sama. Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo menyatakan, Hyon, penyanyi Orkestra Unhasu, adalah antara yang ditahan. Mereka dihukum tembak tiga hari kemudian bersama beberapa anggota kumpulan pop terkenal lain yang disaksikan anggota keluarga. Anggota keluarga mereka kemudian dihantar ke kem buruh paksa kerana turut dianggap bersalah. Mereka dihukum dengan tembakan mesingan yang disaksikan anggota penting Orkestra Unhasu, Band Wangjaesan dan band Moranbong Band, kata sumber China. Kumpulan dibubarkan Seramai 12 orang dihukum tembak itu ialah penyanyi, pemuzik dan penari band Hyon selepas dituduh merakam aksi seks mereka dan menjualnya.
Laporan menyatakan kedua-dua kumpulan itu dibubarkan kerana skandal itu . Kim Jong-un yang menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya pada Disember 2011, dipercayai bertemu Hyon kira-kira 10 tahun lalu. Bagaimanapun, bapanya, Kim Jong-il, tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengarahkannya putus dengan Hyon. |
shamsadis posted on 30-8-2013 09:00 AM
nak buat haper serang Korea Utara nie....negara dia bukan ada apa pun...wat abes duit jaa
sekngucing posted on 30-8-2013 08:06 AM
jahanam punya kapir korea utara
amareka, bila mau serang ni??
poyohabis posted on 30-8-2013 09:29 AM
bkn ke korea utara nie ada kepakaran dlm bidang nuklear..buat2 bom semua tu..n lagi satu rs2ny kor ...
ADVERTISEMENT