"Puas dah menyental gigi, tapi mulut tetap berbau?" Ya, menggosok gigi sahaja tak cukup untuk menghilangkan masalah mulut berbau yang cukup mengganggu.
Jadi, apa penyelesaiannya? Mesti ramai mendapatkan pencuci mulut seperti LISTERINE, kan? Selain membersihkan kawasan mulut yang tak terjangkau dek berus gigi, pencuci mulut membantu memberi nafas segar. Pun begitu, kandungan mentol dan alkohol yang kuat memberi rasa dingin kurang disenangi kebanyakan orang. Jika anda mahukan pencuci mulut yang 'sedap' dibuat berkumur, anda boleh mencuba resipi ini! Bahan: 1 sudu besar serbuk kayu manis 1/2 cawan air Beberapa titis minyak peppermint Caranya: 1. Masak air dengan api kecil 2. Masukkan serbuk kayu manis dan biar mendidih selama 15 minit 3. Matikan api dan biarkan larutan sejuk 4. Tambah beberapa titis minyak peppermint dan kacau 5. Simpan larutan dalam botol bersesuaian dan gunakannya sebagai pencuci mulut setiap kali selepas menggosok gigi Kenapa guna kayu manis? Kayu manis bersifat antimikroba dan pembersih gigi semula jadi yang baik. Ia juga mampu mencegah kerosakan gigi seperti berlubang, plak, dan mengurangkan sakit gigi kerana sifat antiinflamasi dan analgesiknya. Sama seperti kayu manis, minyak peppermint memiliki sifat antimiroba dan penyegar mulut semula jadi.Wah, padu gabungan kedua bahan semula jadi ini! Ia akan membantu membersihkan gigi secara maksimum. Cubalah! - CARI |
8
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT