CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 4

Mulut Bau Ikan? Jom Buat Sendiri Pencuci Mulut Kayu Manis Ini!

[Copy link]
Post time 25-1-2018 10:51 AM | Show all posts |Read mode
"uas dah menyental gigi, tapi mulut tetap berbau?"

Ya, menggosok gigi sahaja tak cukup untuk menghilangkan masalah mulut berbau yang cukup mengganggu.



Foto: thelifestylecafe.com




Jadi, apa penyelesaiannya? Mesti ramai mendapatkan pencuci mulut seperti LISTERINE, kan? Selain membersihkan kawasan mulut yang tak terjangkau dek berus gigi, pencuci mulut membantu memberi nafas segar.




Foto: Wikipedia




Pun begitu, kandungan mentol dan alkohol yang kuat memberi rasa dingin kurang disenangi kebanyakan orang. Jika anda mahukan pencuci mulut yang 'sedap' dibuat berkumur, anda boleh mencuba resipi ini!



Bahan:

1 sudu besar serbuk kayu manis
1/2 cawan air
Beberapa titis minyak peppermint


Caranya:


1. Masak air dengan api kecil
2. Masukkan serbuk kayu manis dan biar mendidih selama 15 minit
3. Matikan api dan biarkan larutan sejuk
4. Tambah beberapa titis minyak peppermint dan kacau
5. Simpan larutan dalam botol bersesuaian dan gunakannya sebagai pencuci mulut setiap kali selepas menggosok gigi




Foto: School of Natural Health Sciences





Kenapa guna kayu manis?

Kayu manis bersifat antimikroba dan pembersih gigi semula jadi yang baik.

Ia juga mampu mencegah kerosakan gigi seperti berlubang, plak, dan mengurangkan sakit gigi kerana sifat antiinflamasi dan analgesiknya.




Foto: health.idntimes.com



Sama seperti kayu manis, minyak peppermint memiliki sifat antimiroba dan penyegar mulut semula jadi.


Wah, padu gabungan kedua bahan semula jadi ini! Ia akan membantu membersihkan gigi secara maksimum. Cubalah! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq. Ms i tampal gigi sementara dentist ade letak sthg smell cinnamon.sedap bau dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:44 PM | Show all posts
Boleh ler DIY
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain drpd ni, rajin2 lah gi buat scalling.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 03:25 PM | Show all posts
kumur air garam (air suam)..tiap2 mlm sebelum tido...insya-allahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.115864 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list