Sepasang suami isteri bimbang apabila anak gadisnya yang hilang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki Rohingnya sejak Sabtu lepas. Nor Syazwani, 17 dilihat kali terakhir keluar dari rumahnya di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu Kelantan dengan menaiki motosikal.
Harian Metro melaporkan, remaja tersebut memberi alasan mahu ke kafe siber pada 8.30 pagi bersama rakan bagi menyiapkan kerja sekolah. Walau bagaimanapun, menurut bapanya Mohamed Razee Mohd Nor, 55, Syazwani masih belum pulang lagi sehingga jam 3 petang. Bimbang dengan keselamatannya, Razee dan isteri, Raja Rahimah Raja Semail, 50, menghubungi rakan baik anaknya sebelum diberitahu yang Syazwani tiada langsung datang ke rumahnya.
“Kami cuba mencari di tempat biasa yang dikunjungnya serta serata Kota Bharu, namun tidak bertemu. “Saya kemudian ke tapak pembinaan yang menjadi lokasi lelaki Rohingya itu bekerja dan terkejut apabila mendapati lelaki itu juga hilang bersama dua rakan lain,” katanya. Laporan tentang kehilangannya telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu. -CARI
|
19
Bagus |
19
Marah |
22
Terkejut |
82
Sedih |
32
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Saya kemudian ke tapak pembinaan yang menjadi lokasi lelaki Rohingya itu bekerja
ADVERTISEMENT