Bimbang anak gadis dilarikan lelaki Rohingya
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/305011/bimbang-anak-gadis-dilarikan-lelaki-rohingya
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 5:27 AM
Siti Nor Hidayatidayu Razali
[email protected]
RAJA Rahimah menunjukkan gambar anaknya Nor syazwani. FOTO Fathil Asri
Kota Bharu: Suami isteri bimbang apabila anak gadis mereka berusia 17 tahun hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki berketurunan Rohingya sejak Sabtu lalu.
Menurut mereka, Nor Syazwani, 17, kali terakhir dilihat keluar dari rumah di Kampung Sungai Keladi di sini, menaiki motosikal, kira-kira jam 8.30 pagi untuk ke kafe siber.
Mohamed Razee Mohd Nor, 55, berkata, anak keduanya itu meminta kebenaran keluar bersama rakan bagi menyelesaikan kerja sekolah mereka.
Bagaimanapun, menurutnya, sehingga jam 3 petang, Nor Syazwani masih tidak pulang menyebabkan dia dan isteri, Raja Rahimah Raja Semail, 50, bimbang lalu menghubungi rakan baik anaknya sebelum dimaklumkan Nor Syazwani tidak ke rumahnya.
“Kami cuba mencari di tempat biasa yang dikunjungnya serta serata Kota Bharu, namun tidak bertemu.
“Saya kemudian ke tapak pembinaan yang menjadi lokasi lelaki Rohingya itu bekerja dan terkejut apabila mendapati lelaki itu juga hilang bersama dua rakan lain,” katanya di sini, semalam.
Katanya, susulan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.
|