CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebab Bapa Ini Teruja Hantar Anak Ke Sekolah Buat Netizen Sebak, Kenapa?

5-1-2018 05:31 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 6216| Komen: 15|Original author: Oleh: Khair


Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan ibu bapa tanpa mengira bangsa atau agama. Dan yang pastinya, ibu bapa sentiasa mencari peluang terbaik untuk pendidikan anak-anak hingga mereka sanggup berkorban apa sahaja, baik wang ringgit mahupun masa dan tenaga. 

Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan, sering berkongsi pelbagai cerita di tempat beliau bertugas dan setiap kisah itu mempunyai pengajaran tersendiri yang sangat bermakna buat para netizen. 

Baru-baru ini, Doktor Kamarul berkongsi pengalamannya bertemu seorang kanak-kanak bersama ibu bapanya yang datang ke hospitalnya untuk mendapatkan rawatan kerana demam pada hari pertama persekolahan. 



Pada mulanya, Doktor Kamarul meneka kanak-kanak tersebut demam kerana teruja bermain di sekolah. Namun, ibu kanak-kanak itu memberitahu yang paling teruja sebenarnya ialah bapanya.

“Saya tak pernah sekolah, doktor. Itulah kali pertama saya lihat macam mana murid belajar di sekolah. Itu yang saya seronok. Bukan sebab tengok cikgu,” tulisnya.



Perkongsian Doktor Kamarul ini sangat-sangat memberi pengajaran bahawa seorang anak itu patut bersyukur dan berusaha bersungguh-sungguh ketika belajar kerana pengorbanan ibu bapa tidak ternilai.

Bahkan, ramai netizen turut tersentuh dengan pengkongsian doktor ini. Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing tentang ibu bapa mereka. 



Mata masuk habuk! Hargailah jasa ibu bapa yang telah menyayangi dan menyekolahkan kita walaupun mereka dalam kesempitan. Jangan pernah malu dengan kekurangan ibu bapa, sebaliknya berbanggalah kerana mereka, anda di sini hari ini. - CARI
9

Bagus
11

Marah
2

Terkejut
25

Sedih
19

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 5-1-2018 05:34 PM
tak baiknya bini dia hina lakinya gitu..
Quote CiliPadiSedap 5-1-2018 06:27 PM
prettyuglybabe replied at 5-1-2018 05:34 PM
tak baiknya bini dia hina lakinya gitu..

akak dulu cmtu mulut lepas, alhamdulillah berubah. kadang laki kita ni pendam sebab xnak cari gaduh dan nak isteri release. sbg wanita kena berbudi bahasa kt suami.. kepada acik bawang hargailah suami masing2
Quote meisapoya 5-1-2018 07:46 PM
Mak cik jangannn. Buat nye laku kang meroyan {:smile
Quote RatuDunia94 5-1-2018 07:54 PM
Jgn Kak Hasanah dah la..
Quote onexox97 6-1-2018 12:26 AM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun
sebaknya dalam dada
Quote kroit92 6-1-2018 12:35 AM
abaahhhh

*flashback*

mak abah hantar masuk sekolah darjah 1,
sampai je kat dataran, semua ibu-bapa pimpin anak diorang pergi jumpa cikgu, cari kelas, etc.

aku pusing belakang je, mak ayah aku tutup pintu kereta, jalan.
aku tak sempat menangis pun, last-last merayau sorang-sorang sampai random cikgu jumpa, bawak masuk kelas darjah 1. hampehh betul
Quote Jorja 6-1-2018 12:29 PM
Ini baru real man
Quote pearl.silver 6-1-2018 01:50 PM
Teringat kat budak2 kelas last yang nakal nk mampus tu..agaknya diorg pun lembam tp lebih 20 tahun lalu kat ceruk kampung sapa tau lembam tu oku..huhu
Ada sorang tu dengarnya memang tak habiskan sekolah menengah, tp main bola wakil negeri, kawen dengan budak umt
Quote missDollie 6-1-2018 02:10 PM
kroit92 replied at 5-1-2018 04:35 PM
abaahhhh

*flashback*

Kahkah..hati kering betul parents kau..Tak macam parents aku.. dekat 2 minggu tunggu adik aku yang penakut tu..asal diorang balik je meraung2 adik aku..minggu yang ketiga, bapak aku buat hati kering jugak tinggal kan adik aku..bertahan jugak dia sampai rehat, lepas rehat jer cikgu dah kalut cari adik aku, rupanya jiran aku bagitau adik aku ada dekat rumah diorang, lari sekolah waktu rehat..bahahaha..sampai sekarang kitorang gelak je kat adik aku tu..tambah sekarang dah pulak jadi cikgu..
Quote mrsqueen 6-1-2018 02:25 PM
ala sedihnya..touching
Quote jazaa100 6-1-2018 04:48 PM
kroit92 replied at 6-1-2018 12:35 AM
abaahhhh

*flashback*

Kau dah tadika 2thn pun harap mak ayah kau pimpin tgn masuk kelas?
Quote pumpkingirl 6-1-2018 05:29 PM
Lasernya wanita separuh abad tu.
Quote kroit92 6-1-2018 08:40 PM
jazaa100 replied at 6-1-2018 04:48 PM
Kau dah tadika 2thn pun harap mak ayah kau pimpin tgn masuk kelas?

aku tak pernah masuk tadika, tak mampu dulu. abang aku kat sekolah rendah, so priority bagi kat dia

umur 7 tahun, darjah 1, tu la first time pegi ke institusi pendidikan formal
sebelum tu, belajar ABC, membaca, mengira, semua dari Sesame Street,
advance sikit, Siti Sifir dalam ALONG
Quote kroit92 6-1-2018 08:44 PM
missDollie replied at 6-1-2018 02:10 PM
Kahkah..hati kering betul parents kau..Tak macam parents aku.. dekat 2 minggu tunggu adik aku yang ...

a'ah, diorang agak, tradisional sikit

aku umo 8 tahun, pegi daftar sekolah agama sendiri kut, pun takde sape teman.
one day, balik je sekolah rendah, parents aku suruh makan, mandi, bersiap pegi sekolah agama petang,
aku pegi balik sekolah naik basikal.

Kayuh sendiri sampai sekolah petang, carik mana-mana cikgu, cakap mak abah suruh masuk sekolah
the rest after that aku tak ingat macam mana aku didaftarkan. cikgu tu terus bawak aku masuk kelas
Quote IsobelMelody 6-1-2018 11:03 PM
Habuk masuk mata la TT.....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.211610 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top