View: 3150|Reply: 15
|
Sebab Bapa Ini Teruja Hantar Anak Ke Sekolah Buat Netizen Sebak, Kenapa?
[Copy link]
|
|
Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan ibu bapa tanpa mengira bangsa atau agama. Dan yang pastinya, ibu bapa sentiasa mencari peluang terbaik untuk pendidikan anak-anak hingga mereka sanggup berkorban apa sahaja, baik wang ringgit mahupun masa dan tenaga.
Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan, sering berkongsi pelbagai cerita di tempat beliau bertugas dan setiap kisah itu mempunyai pengajaran tersendiri yang sangat bermakna buat para netizen.
Baru-baru ini, Doktor Kamarul berkongsi pengalamannya bertemu seorang kanak-kanak bersama ibu bapanya yang datang ke hospitalnya untuk mendapatkan rawatan kerana demam pada hari pertama persekolahan.
Pada mulanya, Doktor Kamarul meneka kanak-kanak tersebut demam kerana teruja bermain di sekolah. Namun, ibu kanak-kanak itu memberitahu yang paling teruja sebenarnya ialah bapanya.
“Saya tak pernah sekolah, doktor. Itulah kali pertama saya lihat macam mana murid belajar di sekolah. Itu yang saya seronok. Bukan sebab tengok cikgu,” tulisnya.
Perkongsian Doktor Kamarul ini sangat-sangat memberi pengajaran bahawa seorang anak itu patut bersyukur dan berusaha bersungguh-sungguh ketika belajar kerana pengorbanan ibu bapa tidak ternilai.
Bahkan, ramai netizen turut tersentuh dengan pengkongsian doktor ini. Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing tentang ibu bapa mereka.
Mata masuk habuk! Hargailah jasa ibu bapa yang telah menyayangi dan menyekolahkan kita walaupun mereka dalam kesempitan. Jangan pernah malu dengan kekurangan ibu bapa, sebaliknya berbanggalah kerana mereka, anda di sini hari ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tak baiknya bini dia hina lakinya gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak dulu cmtu mulut lepas, alhamdulillah berubah. kadang laki kita ni pendam sebab xnak cari gaduh dan nak isteri release. sbg wanita kena berbudi bahasa kt suami.. kepada acik bawang hargailah suami masing2
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak cik jangannn. Buat nye laku kang meroyan {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
{:cryrun{:cryrun{:cryrun
sebaknya dalam dada |
|
|
|
|
|
|
|
abaahhhh
*flashback*
mak abah hantar masuk sekolah darjah 1,
sampai je kat dataran, semua ibu-bapa pimpin anak diorang pergi jumpa cikgu, cari kelas, etc.
aku pusing belakang je, mak ayah aku tutup pintu kereta, jalan.
aku tak sempat menangis pun, last-last merayau sorang-sorang sampai random cikgu jumpa, bawak masuk kelas darjah 1. hampehh betul |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kat budak2 kelas last yang nakal nk mampus tu..agaknya diorg pun lembam tp lebih 20 tahun lalu kat ceruk kampung sapa tau lembam tu oku..huhu
Ada sorang tu dengarnya memang tak habiskan sekolah menengah, tp main bola wakil negeri, kawen dengan budak umt |
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 replied at 5-1-2018 04:35 PM
abaahhhh
*flashback*
Kahkah..hati kering betul parents kau..Tak macam parents aku.. dekat 2 minggu tunggu adik aku yang penakut tu..asal diorang balik je meraung2 adik aku..minggu yang ketiga, bapak aku buat hati kering jugak tinggal kan adik aku..bertahan jugak dia sampai rehat, lepas rehat jer cikgu dah kalut cari adik aku, rupanya jiran aku bagitau adik aku ada dekat rumah diorang, lari sekolah waktu rehat..bahahaha..sampai sekarang kitorang gelak je kat adik aku tu..tambah sekarang dah pulak jadi cikgu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 replied at 6-1-2018 12:35 AM
abaahhhh
*flashback*
Kau dah tadika 2thn pun harap mak ayah kau pimpin tgn masuk kelas? |
|
|
|
|
|
|
|
Lasernya wanita separuh abad tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pernah masuk tadika, tak mampu dulu. abang aku kat sekolah rendah, so priority bagi kat dia
umur 7 tahun, darjah 1, tu la first time pegi ke institusi pendidikan formal
sebelum tu, belajar ABC, membaca, mengira, semua dari Sesame Street,
advance sikit, Siti Sifir dalam ALONG
|
|
|
|
|
|
|
|
a'ah, diorang agak, tradisional sikit
aku umo 8 tahun, pegi daftar sekolah agama sendiri kut, pun takde sape teman.
one day, balik je sekolah rendah, parents aku suruh makan, mandi, bersiap pegi sekolah agama petang,
aku pegi balik sekolah naik basikal.
Kayuh sendiri sampai sekolah petang, carik mana-mana cikgu, cakap mak abah suruh masuk sekolah
the rest after that aku tak ingat macam mana aku didaftarkan. cikgu tu terus bawak aku masuk kelas
|
|
|
|
|
|
|
|
Habuk masuk mata la TT..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|