CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak Mati Kena Tetak Dengan Tuan Rumah

4-1-2018 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9257| Komen: 82

Malang nasib seorang perompak bila dia maut ditetak oleh mangsanya menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian samun di ulu Tiram, Johor petang semalam. 

Mangsa terpaksa bergelut dengan suspek dan turut mengalami kecederaan di kepala akibat disamun, menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi dan apabila tiba, kami dapati mangsa cedera parah di kepala dan pemeriksaan susulan membawa kepada penemuan seorang lelaki terbaring dan meninggal dunia di lorong belakang rumah mangsa.

"Kami membawa mangsa untuk melihat mayat berkenaan dan mangsa mengecam lelaki itu serta mengatakan dialah suspek yang memasuki rumah, mengugut menggunakan pemutar skru dan bergelut dengannya.

"Hasil siasatan awal, mangsa berusia 32 tahun mendakwa rumahnya dipecah masuk oleh suspek lelaki berusia 32 tahun selepas lelaki itu mengumpil tingkap tandas bersebelahan dapur rumahnya itu," katanya, memetik Harian Metro. 



"Mangsa luka di bahagian kiri kepala akibat dipukul menggunakan pemutar skru yang ditemui di tempat kejadian manakala suspek meninggal dunia dengan kesan luka di belakang kepala kiri dan kanan dipercayai akibat pisau pemotong sayur yang ditemui di tempat kejadian," katanya lagi. 

Suspek didapati mempunyai 14 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. - CARI 
1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Otaku85 3-1-2018 11:15 PM
Mengikut undang2 negara kita mangsa patut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Quote taikor 3-1-2018 11:39 PM
Otaku85 replied at 3-1-2018 11:15 PM
Mengikut undang2 negara kita mangsa patut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

So, kita kena biarkan jenayah berlaku tanpa dikacau lah
Quote emelia1509 4-1-2018 01:16 AM
Alamak mati la pulok perompaknye..Harap nasib baik menyebelahi mangsa..Takutnye x pasal ke tali gantung..
Quote JokesCop 4-1-2018 02:01 AM
Edited by JokesCop at 4-1-2018 02:16 AM
Otaku85 replied at 3-1-2018 11:15 PM
Mengikut undang2 negara kita mangsa patut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


Dalam rumah, self defense lah. Kecuali "negara kita" yg ko maksudkan bukan malaysia.

Tapi ada tricky sikit kes ni, kesan tetakan kat belakang kepala.

Bila baca balik, kes ni sangat hanyir, 2.45pm. Semua kecederaan di belakang badan, siapa yg attack siapa dulu, 2x tetak dikiri dan kanan kepala dibahagian belakang, ini bukan calang2 orang boleh buat? Jiran2 dengar bunyi bising dan buat laporan sedangkan kecederaan tuan rumah boleh buat dia keluar dan minta bantuan.

Aku xnak ckp ape aku spekulasi ni betul, tapi pendakwa raya boleh tanya, "bergelut mcm mana sampai boleh tetak belakang kepala si mati?" atau "betul ke perompak?"
Quote dodolgemok 4-1-2018 06:52 AM
14rekod lampau cmne boleh berkeliaran babi ni?
Quote kasibiman 4-1-2018 07:51 AM
dodolgemok replied at 4-1-2018 06:52 AM
14rekod lampau cmne boleh berkeliaran babi ni?

Terima kasih kpd pejuang civil liberty. Soft approach to crime.

Kununnya didik tu penting.tak boleh corporal punishment. Pakaiguna sistem parol.

Ini la hasilnya. Dumbassses.
Quote haryatie 4-1-2018 07:54 AM
mati pulak perompak tu..
jgn tuan rumah kena hukum gantung pulak sudaaa..
nak pertahan diri pun da x boleh...

Quote tossee 4-1-2018 08:12 AM
JokesCop replied at 4-1-2018 02:01 AM
Dalam rumah, self defense lah. Kecuali "negara kita" yg ko maksudkan bukan malaysia.

Tapi ad ...

barang rompakan dijumpai pada badan si mati tu dah dikira bukti kukuh dah tu bang, pulak tu mangsa lak terbaring cedera parah kat rumah
Quote zorrro_03 4-1-2018 08:45 AM
ayuh pejuang hak asasi perompak. kita demo.....
Quote dodifarid 4-1-2018 08:54 AM
JokesCop replied at 4-1-2018 02:01 AM
Dalam rumah, self defense lah. Kecuali "negara kita" yg ko maksudkan bukan malaysia.

Tapi ad ...

Mangsa dgn suspek bergelut..lepas tu suspek rasa dia tak boleh menang lawan mangsa, lagi pun senjata mangsa lebih bahaya..dia buat keputusan lari, dan masa  lari tu la dia kena tetak belakang kepala.. klu betul kronologi aku bagi ni kira mangsa dah marah tahap maksima laa walau suspek dah nak beredar dia tetap tetak...
Quote leylapple 4-1-2018 08:55 AM
syukur..kurang sorang perompak di malaysia..

cuma risau sikit lah dgn nasib tuan rumah yang dah mempertahankan harta benda dan nyawa sampai membunuh perompak tu...

negara msia nie undang2 pelik sikit sejak byk org pelik2 jadi org atasan...
Quote dubuk 4-1-2018 09:14 AM
perompak tahu kalau dia dah masuk dalam rumah orang, dia tak boleh diapa apakan
Quote sapeka 4-1-2018 09:21 AM
ambik ko balasan cash ke atas penjahat tu
tapi ntah la nasib mangsa macam mana
Quote AnBulisia 4-1-2018 09:24 AM
tengah bergelut, boleh lak pikir nak tetak kat depan atau belakang badan?
aku rasa, mesti kena minta izin dulu nak tetak ni
Quote meklalala 4-1-2018 09:26 AM
so kira macam mana  ni? nak pertahankan diri tapi last2 jadi pembunuh secara tak sengaja..kesiannya..
Quote PEPPERMAN 4-1-2018 09:44 AM
simpati dengan perompak tersebut, dia hanya menjalankan tanggung jawab dan peranan sebagai perompak.

kalaupun marah, adakah sepadan membunuh perompak tersebut dengan hasil curiannya?
bukannya sampai 2.6billion pun...
Quote matamata 4-1-2018 09:46 AM
korang yg beria2 kata ini kes cuma ada di msia mmg btl2 tak tau ke atau mmg tak amik peduli pasal dunia luar2
Quote zulka 4-1-2018 09:48 AM
masuk dlm rumah kan, amik ko... mendapatla
Quote prettyuglybabe 4-1-2018 10:12 AM
kurang satu perampok..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071452 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top