CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Durjana, Tergamak Ajar Adik-Adik Hisap Syabu

3-1-2018 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7780| Komen: 60

Description: Seorang abang tergamak mengajar dua adik perempuannya berusia 15 dan 19 tahun menghisap dadah di rumah keluarga mereka yang terletak di Kampung Rambutan, Padang Terap.
Seorang abang tergamak mengajar dua adik perempuannya berusia 15 dan 19 tahun menghisap dadah di rumah keluarga mereka yang terletak di Kampung Rambutan, Padang Terap.


Perbuatan lelaki berusia 23 tahun itu terbongkar selepas ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap.

Ketua Pegawai AADK Padang Terap Zainal Abidin Ismail berkata, “Dalam serbuan dijalankan di lima rumah, kita menahan 10 penagih berusia 15 hingga 30 tahun.

“Serbuan dijalankan di Kampung Rambutan begitu mengejutkan apabila kita menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap syabu." 

Gambar Hiasan
Harian Metro melaporkan, teman lelaki kepada salah seorang adik perempuannya juga turut ditahan.


Mereka juga didapati sudah tidak bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua yang ditahan mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983." -CARI
17

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
24

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 3-1-2018 12:38 PM
apalah nak jadi sama anak anak muda jaman sekarang nih?
Quote prettyuglybabe 3-1-2018 12:42 PM
tengok latar belakang family pun boleh agak macam mana..
Quote iloveselangor 3-1-2018 12:45 PM
prettyuglybabe replied at 3-1-2018 12:42 PM
tengok latar belakang family pun boleh agak macam mana..

Ramai Melayu camni...

Yg tinggal kat flat PPRT di KL dan PPR di kmpung2 lebih kurang saja.
Quote prettyuglybabe 3-1-2018 12:47 PM
iloveselangor replied at 3-1-2018 12:45 PM
Ramai Melayu camni...

Yg tinggal kat flat PPRT di KL dan PPR di kmpung2 lebih kurang saja.

ye.. semua bangsa pun ada..cuma malaysia ni negara majoriti melayu, nampak la melayu je mendonia..
Quote airmineral 3-1-2018 12:56 PM
astagfirullah al azim
susah payah mak ayah keje
nampak mak ayah susah cari rezeki
kenapa jadi gini dik..
Quote mieymiey 3-1-2018 12:59 PM
Ya Allah, tak cukup dia rosak. Abis 1 keluarga jadi rosak
Quote sabar_sabariah 3-1-2018 01:08 PM
mungkin konsepnya tak mau masuk neraka sorang2
Quote umbut 3-1-2018 01:40 PM
Based on family.. anak2 jadi mangsa
Quote samasam90 3-1-2018 01:54 PM
Burong_Hantuk replied at 3-1-2018 04:38 AM
apalah nak jadi sama anak anak muda jaman sekarang nih?

anak puan sri juga yg tak berjaya... ehh berjaya..
Quote Amina_Mirza 3-1-2018 02:54 PM
Gigihnya nak jadikan adik2 taik dadah mcm heols. Binawe punya abang
Quote xyura 3-1-2018 02:56 PM
Ape punye orang la ni
Quote M.Rose 3-1-2018 03:09 PM
Nak maki makbapak atau abng bongek dia
Quote SOFIA2017 3-1-2018 03:11 PM
abang durjana...
Quote leylapple 3-1-2018 03:11 PM
pelik beradik nie... takkan nak mewarisi kemiskinan makpak?

zaman dah nak sampai tahun 2020 tapi mentaliti masih di zaman 1950. upgrade sikit la sbb zaman 1950 tu takder hisap syabu..

dahla miskin, taknak sekolah pulak tu... dgn takder kelulusan nak keje apa dik? nak pecah rumah orang? melacur?

kang ada pulak org kata mencuri tu sbb takde duit...

in the 1st place, ubah cara hidup tu dulu...

Quote nini_azmi 3-1-2018 03:27 PM
Sedihnya baca cerita2 mcm ni. Taktau salah parents ke surrounding. Pttnya belajar lelok,keje lelok.jd org berguna
Quote Minami2013 3-1-2018 03:32 PM
Kecik2 dah ambik dadah... dah tua tak tau lah  ambik ape
Quote tetiberjer 3-1-2018 03:48 PM
alahai, kesiannya.....
Quote pyropura 3-1-2018 03:57 PM
Adoii kesian adik2 tuh
Quote chinta89 3-1-2018 04:13 PM
kejinya heret adik beradik sama dlm najis ni

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.131533 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top