Dah cantik bayangkan kek cawan (cupcake) yang hendak disusun cantik untuk dijadikan sebagai hantaran atau kek perkahwinan, tetapi tiba-tiba semua kek itu tertanggal dari mangkuk kertas atau mangkuk plastiknya.
Alamak, apa nak buat ni? Jangan panik. Cuba tengok balik apa yang tak kena, kemudian perbetulkan semula. Nanti marah Mak Long sebab dia dah pesan 100 biji. Antara sebab cupcake sesuka hati nak tertanggal dari bekasnya: 1. Gunakan resipi kek yang 'sempurna' supaya kejadian kek elok kembangnya memenuhi acuan. 2. Pastikan suhu ketuhar pada tahap sesuai. Suhu ketuhar yang lama atau sering digunakan selalunya tidak tepat berbanding ketuhar baru.
3. Apabila menyejukkan cupcake di atas redai, jangan diletak rapat-rapat kerana suhu kek yang masih panas mungkin menyebabkan ia tertanggal. 4. Tidak perlu melengser tin 'patty' sebelum meletakkan mangkuk kertas 'lembut, jenis kertas' (bukan jenis yg boleh 'tegak sendiri'). Minyak yg berlebihan pada tin punca kek tertanggal. 5. Isikan adunan 2/3 penuh. Jangan isi adunan terlalu sedikit kerana paper cup mudah tanggal kerana sebelah atasnya yang tidak ada adunan 'mengecut'. 6. Beberapa minit selepas cupcake masak, letak di atas redai dan biar sejuk. Jika dibiar lama dalam tin 'patty', kepanasan tin akan membuat kek renggang dari bekasnya. 7. Biarkan cupcake sejuk sebelum disimpan di dalam bekas bertutup atau peti sejuk. 8. Pastikan cupcake benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar. Maknanya, tiada kesan jari apabila disentuh. 9. Pastikan suhu dapur tidak terlalu sejuk ketika cupcake dikeluarkan dari ketuhar. 10. Menggunakan ovalet / cake emulsifier yang sudah lama (walaupun belum tiba tarikh luput kadang-kadang bekas tak kedap udara, boleh masuk angin) juga boleh menyebabkan cupcake tanggal. KEK CAWAN VANILA Bahan-bahan 125g mentega 100g gula kastor 2 biji telur 125g tepung berserbuk penaik 1 sudu besar esen vanila Cara Membuat 1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati. 3. Masukkan tepung dan esen vanila, kacau sehingga sebati. 4. Isikan adunan ke dalam bekas kek cawan. Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan aising. Cupcake sebenarnya boleh menjana kewangan kalau rajin ambil pesanan. Jadi, kalau tak mahu kerugian sekiranya ada yang tertanggal, ikuti panduan yang diberi, ya. - CARI |
20
Bagus |
29
Marah |
44
Terkejut |
26
Sedih |
27
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT