CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Comel, Pulau Terkecil Di Dunia Hanya Sebesar Gelanggang Tenis!

5-1-2018 11:16 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 6402| Komen: 16|Original author: Oleh: Zailina

Bayangkan sebuah pulau yang hanya muat-muat 'sebiji' rumah. Menarik, kan? Pulau kecil 'Just Room Enough Island' (Pulau Muat 'Sebilik') ini terletak di Teluk Alexandria, New York.


Macam seronok saja tidak dikelilingi jiran tetangga. Tiada sesiapa nak memekak malam-malam buta. Tapi kalau mengikut pepatah, jadi macam kera sumbang pula, hidup jauh dari kawasan kejiranan begini.


Di kelilingi air laut, cantik kan?

Pulau ini adalah salah sebuah di antara 1,864 pulau di Sungai St. Lawrence yang memisahkan New York dengan Ontario. Keluasannya hanya muat untuk sebuah rumah dan sebatang pokok. Itu saja! 

Menurut Conde Nast Traveler, pulau itu adalah sebahagian daripada Pulau Seribu Nusantara. Wah, aman damai kalau hidup bertemankan bunyi ombak seperti ini. Tapi, bagaimana jika ada kapal tiba-tiba lalu di kawasan berkenaan?


Nak ke mana-mana kena naik bot.

Suatu ketika dahulu pulau ini dikenali sebagai Pulau Hub dan ironinya, ia dibeli oleh sebuah keluarga bernama Sizelands pada tahun 1950. Keluarga itu menanam sebatang pokok dan membina sebuah rumah meliputi semua kawasan bertanah. Keluarga Sizelands memberi nama pulau mereka 'Just Room Enough Island'.


Foto satelit kedudukan pulau istimewa ini.

Pada mulanya, Sizelands menjadikan pulau itu sebagai penginapan hujung minggu, tetapi perhatian daripada pelancong yang datang memusnahkan rancangan mereka. 

Pulau seluas 3,300 kaki persegi atau satu per tiga belas ekar itu hanya seluas gelanggang tenis. Saiznya hanya separuh Bishop Rock, yang menurut Guinness Book of World Records adalah pulau paling kecil dihuni manusia.


Rumah api di Bishop Rock (kepulauan Inggeris Scilly)
Foto: axelbachmeier

Ada juga pulau kecil seperti ini di negara kita, tetapi tiada pula yang membina rumah di situ. Jadi, tiada apa yang nak disensasikan, betul tak? Mana tahu, takut pula ada buaya bersidai depan rumah nanti. 

Ada yang berangan mahu rumah di atas pulau kecil seperti ini? Boleh memancing setiap hari! - CARI

10

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
19

Sedih
5

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 5-1-2018 02:41 PM
macam mana bila air pasang agaknya~
Quote rosa_canina 5-1-2018 02:46 PM
comelnya.. rumah & pokok je ada situ

tp seram jgk time ribut    tak tido mlm jwbnye
Quote sheqim 5-1-2018 02:47 PM
Kalu ombak besar camne ye? Takut je
Quote matchstick 5-1-2018 03:21 PM
mcm mana diorg pasang api air kt pulau sekecik tu...mcm x berbaloi pulak nk lay cable, water pipe utk sebiji rumah je. sisa kumbahan dh sah2 flush ke laut kan
Quote mdhelmi 5-1-2018 04:29 PM
laaa kat sini rupanya kame house aka rumah cikgu muten
Quote RatuDunia94 5-1-2018 08:46 PM
Best juga memalam mengerang xde org dgr..
Quote shania88 8-1-2018 10:23 AM
iols tak suka rumah gini
Quote Artemesiaa 9-1-2018 05:41 PM
Orang yang pentingkan privasi sesuai tinggal dirumah sebegitu
Quote espri6006 10-1-2018 07:17 AM
sheqim replied at 5-1-2018 02:47 PM
Kalu ombak besar camne ye? Takut je

kebanyakkan pulau2 ini terletak di bahagian sungai atau tasik. Kalau pulau terletak di lautan mereka tidak dibenarkan bina rumah kerana keadaan tasik/sungai berbeza dengan lautan.  Sungai/tasik walaupun ada juga air pasang surut tapi tidak seperti pasang surut air laut. Dekat channerl Astro selalu ada siarkan rancang Island Hunter iaitu rancangan orang2 yang kaya mencari atau membeli pulau2 sekitar Kanada atau USA. kebanyakkan pulau2 ini berharga 700usd sehinga 20juta usd..depend on keluasan pulau atau hartanah yang telah dibina di atas pulau tersebut. Setiap pembinaan adalah tertakluk kepada syarat yang telah di tetapkan oleh pihak perbandaran/berkuasa masing2..walaupun Pualau tersebut milik persendirian namun masih kena follow undang2. So air pasang surut juga sudah termasuk dalam syarat2 pembuatan rumah dipualu tersebut.
Quote kucen_miang 11-1-2018 09:30 AM
BebeQ replied at 5-1-2018 02:41 PM
macam mana bila air pasang agaknya~


Quote BebeQ 11-1-2018 10:27 AM

pulak~
jejak lantai ke tak tu~

tak tenang tido malam macam ni.
Quote L_Z 11-1-2018 06:02 PM
Cute
Quote lililen 18-1-2018 09:06 PM
Sumber elektrik n air nak dpt dr mane tu?
Quote orgsepang 20-1-2018 01:01 AM
Comel sangat tapi daratan yang luas masih banyak, buat apa nak susah2 pulak
Quote chauky314 22-1-2018 12:01 PM
comel, tapi takut... sekangkang kera je tanahnya
Quote yayangmama 22-1-2018 04:33 PM
alahaii..buatnya monsun apa2 tiba2 datang

air pasang lain sikit dari biasa, sure banjir jgk dlm rumah tu

ishhh...takutnyaaa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050417 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top