CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Singapura Makin Gerek Seh! ‘Jambatan Gantung’ Pertama Di Dunia – 9 Tip Sebelum Cuba

29-12-2017 12:43 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6085| Komen: 10|Original author: Oleh: Azza Rai



Dari Karnival Marina Bay hinggalah Pesta Krismas yang disambut besar-besaran kini ada lagi kejutan unik dari Negara singa ini iaitu jambatan gantung (suspended playground) di pusat membeli-belah City Square.

Ya! Meluncur dari tingkat atas ke bawah atau jika rajin – anda boleh juga memanjat untuk ke tingkat atas.

Menarik buat mereka yang mempunyai tenaga berlebihan terutamanya kanak-kanak dan mereka yang stamina tinggi.

Jom semak 10 fakta ‘taman permainan’ anti graviti ini sebelum ia dibuka kepada awam.


1)    Airzone
Menariknya ‘jambatan gantung’ ini merentasi enam tingkat City Square Mall. Semua Nampak dah tak sabar menanti pembukaan pusat ini.

2)    Pertama di dunia
Seperti yang diberitahu kepada Channel NewsAsia, ia adalah projek pertama di dunia yang membina keseronokan di dalam pusat beli-belah yang boleh memuatkan 20 orang pada setiap tingkat dan 60 orang pada masa yang sama. 

3) Bila akan di buka
Awal tahun 2018

4) Harga
Akan diumumkan nanti.


5) Airzone Slide
Seronoknya, anda boleh daki ke tempat yang paling tinggi kemudian meluncurlah ke tingkat seterusnya. 6) Airzone rehat dan bermain

Kalau sekadar nak ‘chill’ dengan kawan, ini yang terbaik untuk anda. Bertempat di tingkat dua, rasai seperti berjalan di bulan.

7) Airzone bola
Lebih 100,000 bola menunggu anda untuk permainan mudah iaitu masukkan bola ke dalam lubang. Wow! Mengenang kisah kanak-kanak betul lah.


8) Airzone Maze
Minat dengan permainan menguji minda, di sini anda dapat mengasah bakat. Meliputi dua tingkat cuba laluan bercerun, sekurang-kurangnya merasa sedikit kesukaran filem ‘Maze Runner’.  

9) Selamat ke?
Ya! Memang terbukti selamat sebab ia direka dengan jaring dan tali yang sama digunakan oleh akrobatik sarkas.

Lagi pula, setiap individu yang menggunakan jambatan gantung ini dipanggil ‘angkasawan’ yang beratnya haruslah di bawah 120kg.

Memang banyak aktiviti yang menguji stamina anda. Tinggal mahu atau tak sahaja.

Bagi mereka yang bertanya, tiada eskalator ke? Eh! Ada, eskalator dan lif memang ada, cuma jambatan gantung adalah kelainan yang ditampilkan. Jadi, bolehlah kita ke negara seberang bila ia dibuka ya. - CARI 

2

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zakiahmahadi 29-12-2017 01:35 PM
Takut lg menakut kn
Quote notsospecial007 29-12-2017 02:59 PM
aduii mmg x la nak try.. gayat
Quote BookerT 29-12-2017 03:18 PM
apa ni nyah? tetanda sahabat kita dari singapura dah malas nak seserius dan kerja teteruk ke nyah?
Quote supernaturalee 29-12-2017 05:01 PM
BookerT replied at 29-12-2017 03:18 PM
apa ni nyah? tetanda sahabat kita dari singapura dah malas nak seserius dan kerja teteruk ke nyah? ...

fun2 nyah
pe slhnye
klu jatuh patah riuk
tanggung senderi lah nyahhh



Quote syue86 29-12-2017 05:25 PM
mcm best tp kelakar plak kena byr
klu org kedekut msti komplen turun pn kena byr
hrp2 safety tip top la..seram gak tu klu pape jd
Quote Lagubestbest 29-12-2017 05:26 PM
Edited by Lagubestbest at 29-12-2017 05:27 PM

Bila kena bayar tu, "keseronokan" jadi fake sgt, sbb mahal biasanya benda2 macam ni. Bukan taraf RM10 sejam ni, RM10 untuk sepuluh minit mungkin.
Quote eizarz 30-12-2017 07:10 AM
tak payah ka nak cuba cuba benda bodoh ni{:shy
Quote yangsemb 31-12-2017 09:34 PM
Sounds like fun {:cryrun
Quote xyura 2-1-2018 12:10 PM
sape yang jiwe kental boleh la try
Quote afie_m 3-1-2018 09:12 AM
gayat..x mau lah..heheh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052467 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top