View: 2936|Reply: 10
|
Singapura Makin Gerek Seh! ‘Jambatan Gantung’ Pertama Di Dunia – 9 Tip Sebelum C
[Copy link]
|
|
Dari Karnival Marina Bay hinggalah Pesta Krismas yang disambut besar-besaran kini ada lagi kejutan unik dari Negara singa ini iaitu jambatan gantung (suspended playground) di pusat membeli-belah City Square.
Ya! Meluncur dari tingkat atas ke bawah atau jika rajin – anda boleh juga memanjat untuk ke tingkat atas.
Menarik buat mereka yang mempunyai tenaga berlebihan terutamanya kanak-kanak dan mereka yang stamina tinggi.
Jom semak 10 fakta ‘taman permainan’ anti graviti ini sebelum ia dibuka kepada awam.
1) Airzone
Menariknya ‘jambatan gantung’ ini merentasi enam tingkat City Square Mall. Semua Nampak dah tak sabar menanti pembukaan pusat ini.
2) Pertama di dunia
Seperti yang diberitahu kepada Channel NewsAsia, ia adalah projek pertama di dunia yang membina keseronokan di dalam pusat beli-belah yang boleh memuatkan 20 orang pada setiap tingkat dan 60 orang pada masa yang sama.
3) Bila akan di buka
Awal tahun 2018
4) Harga
Akan diumumkan nanti.
5) Airzone Slide
Seronoknya, anda boleh daki ke tempat yang paling tinggi kemudian meluncurlah ke tingkat seterusnya. 6) Airzone rehat dan bermain
Kalau sekadar nak ‘chill’ dengan kawan, ini yang terbaik untuk anda. Bertempat di tingkat dua, rasai seperti berjalan di bulan.
7) Airzone bola
Lebih 100,000 bola menunggu anda untuk permainan mudah iaitu masukkan bola ke dalam lubang. Wow! Mengenang kisah kanak-kanak betul lah.
8) Airzone Maze
Minat dengan permainan menguji minda, di sini anda dapat mengasah bakat. Meliputi dua tingkat cuba laluan bercerun, sekurang-kurangnya merasa sedikit kesukaran filem ‘Maze Runner’.
9) Selamat ke?
Ya! Memang terbukti selamat sebab ia direka dengan jaring dan tali yang sama digunakan oleh akrobatik sarkas.
Lagi pula, setiap individu yang menggunakan jambatan gantung ini dipanggil ‘angkasawan’ yang beratnya haruslah di bawah 120kg.
Memang banyak aktiviti yang menguji stamina anda. Tinggal mahu atau tak sahaja.
Bagi mereka yang bertanya, tiada eskalator ke? Eh! Ada, eskalator dan lif memang ada, cuma jambatan gantung adalah kelainan yang ditampilkan. Jadi, bolehlah kita ke negara seberang bila ia dibuka ya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
aduii mmg x la nak try.. gayat |
|
|
|
|
|
|
|
apa ni nyah? tetanda sahabat kita dari singapura dah malas nak seserius dan kerja teteruk ke nyah? |
|
|
|
|
|
|
|
fun2 nyah
pe slhnye
klu jatuh patah riuk
tanggung senderi lah nyahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm best tp kelakar plak kena byr
klu org kedekut msti komplen turun pn kena byr
hrp2 safety tip top la..seram gak tu klu pape jd |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 29-12-2017 05:27 PM
Bila kena bayar tu, "keseronokan" jadi fake sgt, sbb mahal biasanya benda2 macam ni. Bukan taraf RM10 sejam ni, RM10 untuk sepuluh minit mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah ka nak cuba cuba benda bodoh ni{:shy |
|
|
|
|
|
|
|
sape yang jiwe kental boleh la try |
|
|
|
|
|
|
| |
|