Cuti sekolah sedang, bak kata omputih, in full swing. Maka majlis kahwin pun sedang rancak diadakan. Bercakap pasal majlis perkahwinan orang Melayu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telur ayam sudah tidak kelihatan khususnya yang diberi kepada tetamu. Maksud saya telur yang diletak dalam bekas dan dinamakan bunga telur.
Sekarang kalau ada pun, bunga telur khas yang ditempatkan di atas pelamin untuk dijadikan cenderahati orang yang menepur tawar mempelai. Itu pun sudah mula menghilang. Menggantikan si bunga telur ialah gula gula, coklat, biskut, minyak wangi dalam botol kecil dan macam macam lagi. Semua diisi dalam bekas khas. Dan ada juga door gift untuk tetamu. Lazimnya beg kertas kecil (ada yang tak berapa kecil). Dalam beg ada gula gula, potongan kek dan sebagainya.Ada juga yang masukkan kitab surah Yassin. Dulu majlis kahwin mesti ada bunga telur (tak dinafikan sekarang ada juga orang bagi bunga telur kepada tetamu tapi seperti yang dikatakan tadi dah tak ramai). Dulu wajib. Sebabnya telur menjadi lambang atau simbol kesuburan. Maknanya diberi telur kepada tetamu dengan harapan mendoakan pasangan pengantin akan dikurniakan zuriat. Orang Melayu memang bijak menggunakan kiasan dan bahasa berlapik . (Insha Allah ini akan saya tonjolkan pada artikel akan datang. Promo sikit jangan marah). Maka emphasis kepada telur itu sendiri bukan bekasnya. Tapi demi perhiasan pelbagai bentul bekas yang cantik digunakan. Lantas si bunga telur. Mengapa bunga telur semakin menghilang daripada majlis perkahwinan Melayu sekarang? Mungkin ada yang tidak tahu akan significant adat Melayu terhadap telur? Waullahualam. Mungkin sebab harga bekas telor? Ya ini memang meletak tekanan pada aspek kewangan. Namun dulu ramai juga orang yang hanya menggunakan tisu kertas untuk membalut telor dan diikat dengn riben untuk diberi kepada tetamu. Sebabnya mereka memberi penekanan terhadap telor bukan bekasnya. Ada kawan memberitahu saya sekarang telor tidak digunakan sebab harga telor sudah tinggi. Tentunya majlis memerlukan jumlah telor yang besar. Oleh itu kos meningkat. Di samping itu sekarang kata kawan saya itu takde orang yang nak rebus telor sebanyak yang diperlu untuk majlis kahwin.”Dulu ada je anak muda atau saudara yang volunteer bro", kata si kawan tadi yang usianya setua saya. Ye ada benar semua itu. Benar tapi sedih. Sedih kerana pemberian bunga telor di majlis kahwin ialah budaya orang Melayu. Dengan membawa mesej tersendiri. Setuju atau tidak tentang mesej kesuburan yang dibawa itu soal lain. Terpulang. Bagi saya amalan ini elok diteruskan. Secara ala kadar memandangkan keadaan ekonomi masa kini. Bercakap secara meluaskan (bukan saja mengenai bunga telor) budaya mesti pertahankan. Kalau budaya Melayu orang Melayu lah kena pertahan. Mengamal budaya di zaman moden tidak bererti kolot. Namun diakui definisi budaya itu sendiri mesti ditelitilah.
|
18
Bagus |
23
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
29
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CardiGans85 replied at 21-12-2017 01:32 PM
DL2 klu rs best dpt telur..mkn ngn kicap pun da sedap. Save, x pyh beli telur
mieymiey replied at 21-12-2017 03:38 PM
Macam kitorang, yang menepung tawar tu kita bagi bunga telur. Tapi doorgift tu kita ganti dengan gul ...
AznieBunnie replied at 22-12-2017 09:27 AM
betul. utk pelamin masih bagi bunga telur.
tetamu lain, goody bag je.
ADVERTISEMENT