CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Hotel, Restoran Dan Gerai. Mana Yang Lebih Berbaloi?

18-12-2017 10:47 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 11145| Komen: 8

Description: Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang tahun baru dah masuk bulan Disember sekejap jer. Sekarang ni ramai ibu bapa plan bawa anak-anak ...
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang tahun baru dah masuk bulan Disember sekejap jer. Sekarang ni ramai ibu bapa plan bawa anak-anak bercuti atau juga pergi keluar jalan-jalan. Ibu bapa pun plan nak habiskan cuti sebelum masuk tahun baru betul tak.


Cuma sekadar nak tanya pendapat anda semua yang sentiasa membaca kat laman Cari.com.my ini. Kalau diberikan pilihan antara makan kat hotel, restoran atau gerai tepi jalan mana yang menjadi pilihan hati. Yer lah nak bawa anak-anak dan keluarga sekali sekala makan mesti lah pilih hotel betul tak. 

Tapi sekarang ni harga hotel ada yang tak masuk dek akal untuk buffet mereka. Tu belum lagi masuk 10% caj perkhidmatan dan termasuk 6% GST. Saya pernah pergi buffet harga bernilai RM400 untuk seorang. Apa yang anda nak makan kalau sampai mahal macam tu.


Paling kuat pun boleh makan lauk kemudian ambil sedikit pencuci mulut dan duduk sembang jer. Tapi masih ada juga beberapa hotel yang harga mereka sangat berpatutan untuk makan buffet sempena dengan musim perayaan ini. Macam hotel Armada Petaling Jaya harga makanan serendah RM88 sahaja bagi saya sangat berbaloi dan puas hati. 

Tapi jangan perkecilkan restoran yang juga menyediakan buffet dan makan-makan pada harga menarik dan terbaik. Mungkin boleh pilih antara Restoran Makanan Arab, Restoran Makanan Jepun atau juga boleh bawa keluarga keluar makan masakan Korea.

Sekali sekala nak ubah angin dan ada duit lebih sikit apa salahkan. Baru erat silatulrahim dan juga menambah kasih sayang antara keluarga. Kalau yang pergi ngan kawan-kawan ini masa untuk bersama bagi meraikan harijadi atau juga sebarang keyaan mereka.


Bagi Maha kalau hotel atau restoran yang paling penting adalah kena tengok seperti kita orang Islam mestilah restoran itu Halal dan tidak menyediakan sebarang barang makanan yang boleh menjadi ‘shubha’. Kalau ada rasa macam tu lebih baik elak atau terus tidak masuk.

Kemudian pula kena tengok kepada kebersihan dan juga pekerja restoran tersebut. Saya pernah masuk restoran Jepun ya tapi pekerja semua dari negara Bengladesh bukan tak boleh tapi kena pastikan pekerja mereka memakai pakaian dan juga segala kekemasan semasa menyediakan khidmat kepada pelanggan. Akhir sekali saya akan tengok pada harga makan kalau restoran itu ada 10% caj perkhidmatan tapi layan tidak sepatutnya jadi tidak akan masuk.

Jangan lupa juga gerai tepi jalan, kadang-kadang mereka menyediakan makanan yang sangat sedap dan betul-betul rasa. Kenapa yer ramai orang suka lagi gerai tepi jalan untuk makan. Apa yang Maha nampak sebenarnya  pengusaha gerai makan tepi jalan ni mereka tidak mengubah resipi asal dengan menggunakan bahan sebenar. Contoh kalau masak lemak tu santan memang menggunakan santan perah daripada kelapa dan bukan menggantikan susu atau dalam kotak.

Mungkin sebab itu menyebabkan gerai tepi jalan ni rasa makanan mereka betul-betul pure sedap. Harga pun boleh dipertimbangkan lagi tak mahal dan pasti tiada caj perkhidmatan atau kena GST. Cuma kadang-kadang ada juga rasa risau dalam hati bila tengok makanan kat gerai tepi jalan ni mereka biar lauk pauk terdedah kepada keadaan sekeliling dan ada yang dihinggap lalat.


Apa pun kat mana yang kita nak makan atau mana pilihan kita pastikan kita kena tengok semua aspek yang telah saya nyatakan tadi. Sedikit sebanyak ia dapat membantu kita untuk tidak tersalah makan dan boleh menyebabkan sakit. Masalah juga bila bayar mahal-mahal makan lepas tu sakit kena masuk hospital dan kena bayar kos lain pulak. Apa pun peniaga juga kena jujur nak menyediakan makanan tu biar bersih dan selamat walaupun tak sihat tapi kena guna bahan yang betul-betul terjamin selamat. 

So jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan anda boleh luahkan pendapat kat situ atau segala perkara yang anda rasa nak Maha tuliskan kat sini. Mana tahu idea anda kreatif untuk dibincangkan. Selamat bercuti semua dan selamat tahun baru.
39

Bagus
32

Marah
32

Terkejut
26

Sedih
14

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 18-12-2017 11:06 AM
halal dan makanan sehat paling utama
Quote chinta89 18-12-2017 11:13 AM
kalau hari2 biasa suke gerai lah, yg mmg kite tau harga mknan ok2 dan menu sedap.

utk sesekali bsama keluarga/kawan2, kte pilih resto/kopitiam. kebiasaan setiap resto/kopitiam ni ade menu istimewa so cuba je lah. biasanya mmg berbaloi, dh nama pun itu menu istimewa kat kedai diorg

kalau kat hotel2 tu jarang. if bercuti/meraikan sesuatu yg penting like ulangtahun, birthday, atau majlis berbuka puasa... bolehlah pegi.. mahal kot?  tp iols tgu majlis jabatan gomen yg anjur je, free khuens


tepuk wallet tanya poket
Quote salmon-suki 18-12-2017 11:33 AM
Xkesah ktne asalkan halal dan bersih..aiols lg rela mkn di restoren makanan segera drpd gerai2 y x bertutup lauknya,dan lalat penuh kt gerai tu..hihi
Hotel buffet pn pegi kalau ada jemputan saja,kalau x,mmg xde duit nk pegi ke sana..
Quote myakayina 18-12-2017 12:02 PM
tengok pada wallet jgk.. klu rasa worth it , bersih, halal dan yg penting sedap.. klu mahal tapi sedap meols tak kisah berulang ke tempat yg sama..klu mahal tapi x sedap mmg tak lah nak repeat..
Quote Artemesiaa 18-12-2017 12:11 PM
Berbelanja ikut kemampuan kewangan sendiri selain tempatnya bersih dan sedap
Quote dubuk 18-12-2017 12:57 PM
semua pun boleh asal berselera
Quote saviour_09 18-12-2017 02:23 PM
as long as sedap & worth it
mana2 pun boleh
tekak & perut anak beranak sendiri jugak nak makan kan
Quote yangsemb 21-12-2017 08:00 PM
Klu money is not a prblm, mana2 yg halal dan bersih & of course lazat boleh aja

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050320 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top