CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Naik Hop On Hop Off Tengok Penang, Jimat Masa Duit Minyak!

21-12-2017 12:13 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5028| Komen: 6|Original author: Oleh: Azza Rai


Pulau Pinang memang destinasi menyeronokkan.

Tapi kadang-kadang laluan jalan yang berubah-ubah menyusahkan pelancong luar seperti kita, guna Waze pun tak membantu apabila jalan dua hala tiba-tiba jadi sehala.

Jadi, apa kata anda cuba jalan alternatif iaitu menaiki bas Hop On Hop Off (Hoho) demi melihat 50 daya tarikan di Pulau Pinang ini.

Jadi tak hairanlah jika pelancong luar pun merasakan ia seperti menaiki bas terbuka di London, Paris, Barcelona dan Edinburgh.

Bagaimanapun, bas HOHO ini dibuat pengubahsuaian berdasarkan sistem jalanraya dan cuaca negara ini.
 

Jadi, apa yang menariknya?

Menariknya sebab ia bermula seawal 9 pagi hingga 8 malam dengan 5 bas melalui jalan bandar manakala 5 bas lagi jalan pantai dengan jarak sekitar 30 minit setiap bas.

Bas ini memuatkan sehingga 60 penumpang dalam satu satu masa tetapi hanya 27 orang dibenarkan berada di ruang terbuka di tingkat atas. Ruang terbuka nilah best terutamanya kalau kita naik awal pagi atau petang. 

Berangin dan senang nak ‘selfie’. Ada 22 hentian yang telah ditetapkan untuk melihat kira-kira 50 tempat yang menarik sepanjang perjalanan. 

Antaranya Penang Hill, Pasar Chowrasta, Fort Conrwallis, Pantai Feringgi, Teluk Bahang, Taman rama-rama dan lain-lain.


Tiket boleh dibeli di stesen bas, kiosk dan agensi pelancongan terpilih. Ia  boleh digunakan sama ada selama 24 jam atau 48 jam. Jadi, gunakan secara bijak ya.

Lebih seronok, dengan bayaran yang minima, anda tidak dibiarkan terkapai-kapai keseorangan kerana pemandu bas serta pembantu pemandu pelancong akan menyampaikan info menarik mengenai sesuatu tempat di dalam bas. 

Sementara setiap penumpang pula akan diberikan sebuah ‘Tour Guide Book’ yang menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang seperti lokasi membeli-belah, penginapan, restoran atau gerai makan yang terkenal di kalangan pelancong. 

Harga Tiket:

Pelancong asing 24 jam/ 48 jam
Dewasa        RM40 / RM74
*Kurang upaya / Pelajar / Kanak-kanak    RM19 / RM38
Kanak-kanak bawah 5 tahun  Percuma/  Percuma

Warganegara Malaysia 24 jam/ 48 jam
Dewasa RM19 / RM32
* Kurang upaya / Pelajar / Kanak-kanak  RM12/ RM20
Kanak-kanak bawah 5 tahun   Percuma/ Percuma
   



Tak mahal pun tiketnya kan?

Boleh jimat masa dan duit minyak sekaligus dapat info tepat mengenai lokasi menarik di Pulau Pinang. - CARI 

Kredit :ruggedmom

5

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yangsemb 21-12-2017 12:52 PM
Klu pi Penang boley try hat ni{:childlike
Quote fly_in_d_sky 21-12-2017 02:49 PM
yang kat KL ni belum naik lagi HOHO ...
Quote syue86 21-12-2017 02:58 PM
wah not bad harga die
Quote cikpah27 21-12-2017 05:19 PM
Dah lama teringin nak naik tapi takdak geng.. Kalau bawak kawan mai melancong kat Penang selalu aku yang jadi driver.. Lain kali nak naik bas pulak lah..
Quote babablec 23-12-2017 03:42 AM
dah naik aritu,ambik yg 19ringgit tu.naik dari bukit bendera.ok la sebab best jugak tempat yg dia lalu tu.
byk ambik video je kat ats tu.
ni gambar komtar dari atas hoho,





Quote notsospecial007 29-12-2017 03:45 PM
syok jgk ni.. play tourist sgt kekdahnyaaa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.089689 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top