CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Keropok Lekor Kecut Dan Tak Sedap? Ini Dia Rahsia Nak Elak Keropok Mengecut..

14-12-2017 01:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21192| Komen: 15|Original author: Oleh: Azza Rai


Orang selalu kata nak makan keropok lekor yang betul-betul ori kena lah ke Pantai Timur. Lagi sedap kalau ke Terengganu sebab gunakan  ikan yang baru naik ke darat.

 
Tapi, tak semua orang boleh ke sana kalau tiada urusan tertentu. Jadi, nak yang sedap dan cepat, apa kata anda  cuba  buatnya sendiri seperti yang dikongsikan di Facebook.

Jom kita tengok cara membuatnya serta tip untuk dapatkan keropok lekor tidak kecut selepas menggoreng.


Resepi Keropok Lekor

Bahan-bahan: 

-1kg Ikan selayang/ sardin yang Segar

-300 gm tepung sagu

-150ml air sejuk dari peti

-2 sudu kecil garam

Cara-caranya: 

1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.

2. Kisar isi ikan dan garam bersama air.

3. Uli bahan kisar bersama tepung sagu.

4. Bentukkan doh memanjang. Taburkan tepung sagu supaya tidak melekat.

5. Rebus keropok lekor sehingga terapung.

6. Siap untuk digoreng.





 
Resepi Sos

Bahan-bahan:

- 1 cawan gula merah

- 3 sudu makan lada kisar

- Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa

- 2 gelas air
 

Cara-cara membuat:

1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.

2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama leropok lekor.

 



Tips menggoreng keropok lekor:

1) Keropok perlu dibelah tengah bagi memberi ruang untuk ia menggelembung (secara tak langsung ia tidak meletup).

2) Masukkan keropok dalam minyak yang banyak. Kecilkan api.

3) Keropok akan mengembang, jangan angkat ketika ini. Biarkan ia mula berpecah, besarkan api dan teruskan menggoreng hingga betul-betul masak.

4) Angkat menggunakan penyepit bukan senduk. Jika isi keropok seperti terbenam maksudnya keropok tu akan kecut selepas itu.

5) Jadi keropok lekor yang betul masak ialah seperti ikan buntal apabila diangkat dan penyepit tidak terbenam ke dalam isinya.

6) Untuk gorengan seterusnya, wajib kecilkan api dan biarkan sekejap kemudian barulah masukkan keropok lekor dan ulang cara-cara di atas. - CARI 

Kredit: Fb Zaky Mat Ali
8

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
13

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jane_hopper 14-12-2017 03:02 PM
Allah sedapnya! Ku pny peberet ni
Quote rainbowrainz 14-12-2017 07:27 PM
Sedapnye nyum nyum{:hooray
Quote kimchipedas 14-12-2017 07:46 PM
Criusly rasa mcm nk p cari terus kat pasaq mlm..
Quote Jorja 15-12-2017 06:39 AM
Dolu2 tahun 90an kena tunggu bulan ramadhan baru dapat makan laksa..laksam..kropok lekor fresh.. now da ada resepi lengkap senang aja dah boleh buat sendiri..Tq {:smile
Quote GayahGigih 15-12-2017 06:55 AM
Sedapnye..nk tunggu dari terengganu kdg2 upah tinggi..tp apa adahal.. nk cari la arini
Quote Cari-Azza 15-12-2017 01:30 PM
kimchipedas replied at 14-12-2017 07:46 PM
Criusly rasa mcm nk p cari terus kat pasaq mlm..

Bagitau ya pasar malam mana yang sedap. Asik jumpa yang tak sedap ja.

Quote Cari-Azza 15-12-2017 01:31 PM
GayahGigih replied at 15-12-2017 06:55 AM
Sedapnye..nk tunggu dari terengganu kdg2 upah tinggi..tp apa adahal.. nk cari la arini

Jom pi Tganu

Quote GayahGigih 15-12-2017 02:00 PM
Cari-Azza replied at 15-12-2017 01:31 PM
Jom pi Tganu

Huhuhu...peer pressure nihh..keropok losong rebus..i miss u..mkn panas2
Quote yangsemb 16-12-2017 06:52 PM
Tq for sharing {:hooray
Quote pinkypetal 17-12-2017 01:52 PM
Sedapnyaaa...tapi selalu jumpa (yang dijual di pasar malam) tak sedap. Makan kat terengganu memang sedap giler
Quote tombong 18-12-2017 09:00 PM
tips nak cari keropok sedap di terengganu, jangan cari di losong. orang terengganu sendiri pon tak makan keropok made in losong
Quote mejaputih 19-12-2017 12:56 PM
tombong replied at 18-12-2017 09:00 PM
tips nak cari keropok sedap di terengganu, jangan cari di losong. orang terengganu sendiri pon tak m ...

hahaha...btul la tu..kitorg org ganung pung dok pandang hok losong...kat lain lg sodap..
Quote hazelinsnow 19-12-2017 02:04 PM
mejaputih replied at 19-12-2017 12:56 PM
hahaha...btul la tu..kitorg org ganung pung dok pandang hok losong...kat lain lg sodap..

kat mana sedap? boleh share tak?
weekend ni nak g KT.

Quote mejaputih 20-12-2017 08:30 AM
hazelinsnow replied at 19-12-2017 02:04 PM
kat mana sedap? boleh share tak?
weekend ni nak g KT.

area kuala nerus byk yg sedap cth seberang takir (yg glamer kopok lekor BTB but gerai2 yg lain pun sedap2 gak), batu rakit, merang..yang kat marang pun ada yg ok, kat chendering etc...
Quote hazelinsnow 20-12-2017 01:12 PM
mejaputih replied at 20-12-2017 08:30 AM
area kuala nerus byk yg sedap cth seberang takir (yg glamer kopok lekor BTB but gerai2 yg lain pun ...

Haa kat blog2 banyak citer keropok BTB tu.. Anyway thanks!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.074579 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top