Seorang pelajar kolej yang sedang hamil 8 bulan maut dibunuh sebelum perutnya dibelah oleh seorang wanita. The Sun melaporkan pelajar berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Gabrielle Barcelos Silva menjadi mangsa kekejaman Aline Roberta Fagundes, 38 yang keguguran awal tahun ini.
Menurut sumber, Aline mempelawa Gabrielle untuk datang ke rumah, kononnya mahu memberikan hadiah untuk bayi dalam kandungannya. Malang nasibnya, Aline memasukkan dadah ke dalam minuman, mencekik dan membelah perut mangsa bagi mengeluarkan bayi. Dia juga menyapu darah mangsa pada tubuhnya, seolah-olah dia yang melahirkan bayi sebelum menghubungi talian kecemasan kononnya dia bersalin di jalan raya.
Kakitangan hospital yang berasa sangsi kemudiannya bertindak menghubungi polis. Anak lelaki suspek berusia 14 tahun menemui mangsa dibungkus dalam selimut di belakang rumah. Polis memberitahu, suspek memang sudah lama memerhatikan Gabrielle apabila suaminya mengancam meninggalkannya selepas keguguran. Bayi tersebut kini selamat dan dirawat di hospital. -CARI
|
11
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 8-12-2017 11:28 AM
sebab tu akak mengandung pizza domino je akak bg datang rumah delivery, pizza hut tak boleh sebab ke ...
ADVERTISEMENT