CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3082|Reply: 29

[Dunia] Wanita belah perut penuntut mengandung dan mencuri bayinya.

[Copy link]
Post time 8-12-2017 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 8-12-2017 07:48 AM

Belah perut penuntut, curi bayi

https://www.hmetro.com.my/global/2017/12/291666/belah-perut-penuntut-curi-bayi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 7:36 PM

Agensi


Gabrielle Barcelos Silva dibelah perutnya selepas dibunuh oleh wanita yang mahukan bayi dalam kandungannya. - Foto Daily Mail

SEORANG penuntut kolej berusia 18 tahun di Brazil yang sedang hamil lapan bulan, dibunuh sebelum perutnya dibelah oleh wanita yang mahukan bayi dalam kandungannya itu selepas dia mengalami keguguran awal tahun ini.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita berusia 38 tahun itu, Aline Roberta Fagundes, mempelawa mangsa, Gabrielle Barcelos Silva, ke rumahnya di Uberlandia, kononnya untuk memberi hadiah untuk bayi dalam kandungannya.

Menurut laporan The Sun UK dan ibtimes, wanita itu kemudian memasukkan dadah ke dalam minuman penuntut jurusan kejuruteraan pertanian sebelum mencekik dan membelah perut mangsa bagi mengeluarkan bayi.

Dia kemudian menyapu darah mangsa pada tubuhnya seolah-olah dia yang melahirkan bayi terbabit sebelum menghubungi talian kecemasan kononnya bersalin di jalan raya.

Namun, kakitangan hospital yang merawatnya berasa sangsi lalu menghubungi polis sebelum wanita terbabit mengakui jenayahnya.

Anak lelaki wanita itu yang berusia 14 tahun menemui mayat Gabrielle dibungkus dalam selimut di belakang rumah.

Sehari sebelum pembunuhan,Gabrielle dalam profilnya di Facebook menyatakan dia tiada teman lelaki istimewa atau berkahwin. Sehari sebelum pembunuhannya, dia menyiarkan gambar menunjukkan dirinya mengandung dengan kata-kata: “Saya wanita paling gembira di dunia.”

Menurut polis, siasatan mendapati wanita terbabit memang mensasarkan Gabrielle yang tinggal di kawasan yang sama selepas suaminya yang berusia 34 tahun (juga sudah ditahan) mengancam meninggalkannya selepas dia keguguran awal tahun ini.

Menurut wanita itu, dia membuat carian di internet mengenai cara melakukan pembedahan perut dan mendakwa suaminya juga tahu mengenai rancangannya itu.

Bayi terbabit berada dalam keadaan selamat dirawat di hospital.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
manusia semakijn tenat minda
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 11:22 AM | Show all posts
Mental meroyan je berani buat benda cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 11:24 AM | Show all posts
saiko ni.............
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 11:28 AM | Show all posts
sebab tu akak mengandung pizza domino je akak bg datang rumah delivery, pizza hut tak boleh sebab keras kebatun
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu sgt la kes gini kat luar negara.
Agaknya sbb sana kan kalo pregnant tanpa berkahwin/suami pun leh hidup aman, leh bela ank tu cam biasa. Jd takde la nk buang baby merata2 mcm kat sini,kalo teringin sgt nk baby org tak perlu sampai g belah perut curi baby org.. hampir setiap hari baby yg tak dikehendaki dibuang sana sini

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2017 12:05 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-12-2017 11:28 AM
sebab tu akak mengandung pizza domino je akak bg datang rumah delivery, pizza hut tak boleh sebab ke ...

apa kaitannya kak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuzaime at 8-12-2017 12:12 PM

Meroyan ker? Lagi2 laki pun bg tekanan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2017 01:46 PM | Show all posts
psycho..nak ala2 private practice pny episode.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila nok. Mmg kejam zalim sgtttt
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling bodoh bila ko sapu darah mangsa kat perot boroi ko{:nose

Kunun sgt ko yg beranak{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 02:08 PM | Show all posts
syaitannya perangai kau. mental or not tetap syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 03:25 PM | Show all posts
dtgla malaysia,
byk org buang bayi
xyah nk belah org
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 12:41 PM | Show all posts
Teringat I (and sempat Google) kes Ashleigh Wade dengan Angelikque Sutton. MO yg sama. Yg ni pada I lebih kejam la sbb Wade dgn Sutton ni memang best friend dari kecik and the fact yg Wade bunuh Sutton pada hari perkahwinan Sutton.. Memang kawan makan kawan lah. Wade tu mcm gila pun ada sebab sanggup pretend yg dia sama pregnant dgn kawan dia tu.

Budak tu nasib baik selamat, umur dua tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jenayah berat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 07:01 PM | Show all posts
Mabey meroyan pastu diugut pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar sgt perangai kau kak. Kau ingat medic bodoh? Nak percaya bulat2 kau beranak hanya dengan sepalit darah? Mesti diorang nk tgk po'en kau tu, nak kena jahit balik, bangang. Google pasal belah perut kau pandai, Google pasal procedure lepas branak kau tak pandai pulak. Mowtip aku emo?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 09:54 PM | Show all posts
nak salahkan  siapa dia gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai pulak dia bedah baby tu selamat je
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mental.. Mcm dalam movie dah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.144273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list