Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan bertindak membunuh diri dengan menggantung diri. Dalam kejadian di rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau, Jempol, wanita berusia 55 tahun itu menggunakan sari untuk menggantung diri pada kipas siling rumahnya.
Harian Metro melaporkan, kejadian hanya disedari oleh menantu wanita berkenaan sebaik pulang dari rumah. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mayat wanita itu ditemui tergantung di ruang tamu jam 12.30 tengah hari. “Sejurus membuka pintu, wanita itu terkejut mendapati ibu mentuanya terjerut. Dia memotong sari bagi menurunkan wanita terbabit.”
Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI
|
Modngengade1 replied at 5-12-2017 01:20 PM
kaum ni memang juara dalam bab membunuh diri
belilies replied at 5-12-2017 11:21 PM
Aku heran, cana dia boleh konfiden kipas siling tu boleh tampung berat dia.
ADVERTISEMENT