semua benda boleh jadi weapon membunuh
Wanita 55 tahun maut, gantung diri guna sari akibat kemurungan
Menantu terkejut lihat mayat ibu mentuanya ditemui tergantung di ruang tamu. – Foto MyMetro Jempol, 5 Dis – Seorang wanita berusia 55 tahun yang mengalami masalah kemurungan menggantung diri menggunakan sari pada kipas siling rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau, Jempol. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mayat wanita itu ditemui tergantung di ruang tamu jam 12.30 tengah hari semalam, lapor MyMetro. Katanya, kejadian disedari menantu wanita berkenaan yang berusia 29 tahun sebaik pulang ke rumah. “Sejurus membuka pintu, wanita itu terkejut mendapati ibu mentuanya terjerut. Dia memotong sari bagi menurunkan wanita terbabit,” katanya hari ini.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mengesahkan wanita terbabit sudah mati. “Siasatan di lokasi juga tidak menemui sebarang unsur jenayah. “Mayatnya dibawa ke Hospital Jempol untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
|