CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Bising Harga Mahal Tapi Malu Bawa Bekal Makanan Ke Pejabat...

30-11-2017 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12307| Komen: 75

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Apa macam anda semua sihat dan masih gembira dengan kehidupan anda sekarang. Beberapa hari ni kecoh pasal tentang kenaikan harga minyak di Malaysia. Mula ramai orang takut akan kenaikan kos sara hidup termasuk mungkin akan naik harga makanan. 


Tapi pernah tidak kita fikir bagaimana nak mengurangkan semua kos ini bermula dari diri kita. Cara paling mudah dan paling ramai orang lupa dan malu nak amalkan. Mudah sahaja bawa bekal makanan ke tempat kerja atau ke sekolah. Semudah itu sahaja tak kisahlah nak bawa apa sahaja makanan ia sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan perbelanjaan makan di restoran atau kedai makan.

Banyak jenis makanan yang paling mudah dibawa sebagai bekal makanan tak perlu berat-berat pun cukup sekadar mungkin sediakan sandwich dan juga goreng nugget atau kentang. Tu paling mudah untuk bawa makan kata nak jimat. Saya sendiri pun ada seorang kawan di pejabat ini kisah benar ye bukan rekaan.


Dia setiap hari akan makan roti kosong cicah dengan kalau ada kopi atau juga minuman susu. Satu bungkus roti kosong yang ada beberapa keping dalam tu boleh dijimatkan makan untuk seminggu. Maha kadang-kadang kesian juga tengoknya kerana apa dia makan macam tu adakah memang betul-betul nak jimat. Tapi suami isteri bekerja dan kerja mereka pun dengan gaji cukup bagus.

Rupanya kawan Maha ni cuba nak diet daripada makanan yang bergula. Sebab usia beliau yang makin meningkat jadi kena jaga pemakanan. Tapi kagum kerana beliau boleh makan roti sahaja kita boleh ker. Jadi kenapa kita nak malu untuk bawa bekal ke pejabat atau ibu-ibu sediakan bekal untuk anak-anak. 

Pastinya kita yakin makanan tu lebih selamat dan sihat untuk anak kita dan juga keluarga kita. Tak risau makanan yang tidak seimbang kat luar sana dan juga makanan yang mungkin bahaya terutama untuk kanak-kanak. Bagi suami tu kalau isteri sediakan bekal tu apa salah bawalah dan makan kat pantri pejabat tu kalau malu sangat. 


Kalau Maha ada orang nak sediakan bekal bawa hari-hari pergi kerja memang akan gembira bawa. Ingat lagi dulu zaman sekolah almaklumlah kita ni orang Felda dulu zaman 90-an tu memang pendapatan keluarga tak menentu dan makan apa yang ada jer. Mak setiap hari masa pergi sekolah rendah dan menengah akan bekalkan Maha nasi goreng, letak kicap dan satu ketul telur goreng. 

Kadang-kadang tak ada telur pun sebab tak mampu nak beli makan nasi goreng kosong macam tu jer. Tapi waktu tu budak-budak memang tak tahu apa seronok dapat makan terutama ramai kawan-kawan semua bawal bekal ker sekolah. Makan ramai-ramai dan kongsikan kalau ada yang bawa lauk lebih boleh minta sikitkan.

Apa kata Maha cadangkan zaman sekarang dengan ekonomi yang makin meningkat dan harga barangan makin mahal dengan GST kita cuba bawa bekal. Cara nak elak daripada malu apa kata kita pakat dengan 2 atau 3 orang sahabat pejabat untuk masing-masing bawa bekal. Tak kisahlah nak bawa apa sahaja janji dapat makan bersama-sama dan kongsi.

Waktu tu lah lagi rasa meriah dan seronok sebab ada kawan. So tak malu bila seorang-seorang makan pastu kawan-kawan lain semua menjeling jer tengok. Sebenarnya mereka nak minta makanan kita tu tapi sebab dia orang pun malu jadi pergi lah makan mahal kat luar. Baru-baru ni tular ada seorang mamat tu makan Kari Kepala Ikan seketul kena cas sehingga RM1000. Gila lah waktu tu memang Maha rasa nak berniaga makanan jer tengok boleh untung cepat.


Apa pun dah tiba masa untuk kita kembalikan semula zaman kanak-kanak untuk membawa bekal ke pejabat dan juga sekolah. Didik anak-anak kita agar mereka menikmat semua keseronokan membawa bekal ni. Ibu-ibu pun kalau tak tahu nak masak apa mungkin dalam seminggu tu boleh gilirkan buat Nasi Goreng, Meehun Goreng, Mee Goreng, nak mewah sikit buat Nasik Lemak atau masak Pasta yang mudah rebus dan goreng. Paling tak sempat pun sediakan satu sandwich tak kisah inti apa goreng sosej atau nugget dan masukan salad sikit dalam tu lengkap cukup.

Ini hanya pandangan Maha kerana ramai orang bising dengan kos sara hidup yang makin meningkat. So jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu korang boleh luahkan pendapat kat situ nanti Maha cuba sharekan ok. Kita kena mula berubah dari hari ni kalau tidak sampai bila-bila kita tak akan mulakan. Selamat menjamu selera semua. 


25

Bagus
28

Marah
37

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 30-11-2017 12:39 PM
Nak jimat, beli sarapan pagi.. mkn kenyang2.. thn sampai ptg..
Masak2 pagi.. leceh
Quote sarahmirza 30-11-2017 12:43 PM
EN suami i hari2 bawa bekal ke pejabat kecuali hari jumaat.
Quote tagas 30-11-2017 12:46 PM
abis ko ingat bahan2 rencah2 nak bwk bekal tu

sume free ke..bermodal jgk ngokk
Quote helicornia 30-11-2017 12:54 PM
opismet aku cina hari2 bawak bekal.dia tk bawak klu ada jamuan je..n dia bole beli kete proton cash.admire sungguh
Quote izzat1987 30-11-2017 12:55 PM
Beli nasi lemak singgit dah la. Nasib aku tinggal di utara x la mahal sgt makanan. Nasib la tinggal di bandar besar. Semua nak berniaga nak cepat kaya. Letak mahal2
Quote meisapoya 30-11-2017 12:59 PM
Iols bwk lauk mkn dinner semalam je gi ofis. Panaskan pagi tu, setel.
Quote noraidil_06 30-11-2017 01:02 PM
Hi maha. Rumah iols dkt je dgn tmt kerja. So blk mkn kt umah.

Kalau family  of 5 sy rase jimat bw bekal.  Sbb kalau beli,  sorang at least rm7-10.darab la 5.

Quote cmf_premierleag 30-11-2017 01:07 PM
sbb akak ni moden dan urban, akak makan nestum 3in1 jah..or oat 3in1 kat opis time lunch sbb akak malas sangat nak kuar lunch sbb:
- cuaca kat KL ni panas
- malas nak rebut2 seat kat resto/fudkot time lunch sbb penuh dgn ummah
- malas nak join sgt opismate acik2 kepam sbb topik diorang membosankan. balik2 cite psl laki, anak, laki anak, laki anak...mcm ko sowang jah ada laki n anak ..bosan siut
- lunch 1 jam jah..kowser nak rushing2 kat luar sana tuh

so akak hanya akan bersosial slps opis hour jah.makan pun light2 jah sbb mmg jaga badan
Quote prettyuglybabe 30-11-2017 01:09 PM
umbut replied at 30-11-2017 12:39 PM
Nak jimat, beli sarapan pagi.. mkn kenyang2.. thn sampai ptg..
Masak2 pagi.. leceh

gila nak breakfast makan berat-berat?
kang ada doktor intai up status melantak nasik lemak lauk ayam lauk paru pagi-pagi tak rasa bersalah ke, mati la nak..
pastu datang pulak forumer acah-acah sihat tolong bash sekali..
tak pasal-pasal je
Quote prettyuglybabe 30-11-2017 01:11 PM
i memang bawak bekal tiap hari..
sesekali bila malas or jemu makan masakan sendiri je baru makan luar..
so tak terasa sangat..
Quote MissVixen 30-11-2017 01:17 PM
Jimat dan bagus untuk kesihatan.
Beli barang basah baru rm200 je untuk 2 minggu. Masak pagi dalam 30 minit siap. Bukan nak hias cantik2 macam bento jepun.
Tiada aji dan minyak. Garam siket. Buat pedas ikut selera sendiri
Kenapa malu bawak bekal? Aku lagi kagum dengan org bawak bekal. Nampak la dia rajin dan pandai urus masa.
Quote Lollipop111 30-11-2017 01:18 PM
Saranan yg sgt bagus.. amalan2x mcm nh sebenarnyer kene praktik baik ekonomi baik ataupun sebaliknya.
Quote pearl.silver 30-11-2017 01:18 PM
Sejak kafe tukar tender ni, i selalu terbabas masuk kafe awal pg walaupun dah bfast kt umh..
Quote MissVixen 30-11-2017 01:18 PM
umbut replied at 30-11-2017 12:39 PM
Nak jimat, beli sarapan pagi.. mkn kenyang2.. thn sampai ptg..
Masak2 pagi.. leceh

Tak elok untuk jangka masa panjang. Dulu, muda2 aku buat juga. Lepas tu dapat gastric dan selalu pedih ulu hati.
Quote akies 30-11-2017 01:59 PM
Bawa bekal la senang.
Nak malu buat ape.
Quote CardiGans85 30-11-2017 02:01 PM
Suami sy selalu kena kata dgn kwn2 dia sbb bwk bekal la dpt pakai kete sekian2, hidup senang yada yada yada. Wth? Arwah MIL sy tu chinese n arwah selalu bekalkan anak2 dia mknn.

Sy pulak jenis heavy breakfast person, mmg ngam lah. Dlm sibuk mengata, laju je merasa mknn tu bila suami pelawa.
Quote moonbug 30-11-2017 02:35 PM
Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kata org
Quote senahitam 30-11-2017 02:45 PM
akak x malu, tp akak malas bangun awal pagi nak masak bekal. so akak makan kat opis je la. lgpun time makan tgh hari tu la time nak mingle around ngan kawan2 gosip2 opis. hehehehe
Quote chinta89 30-11-2017 02:54 PM
malu bawak bekal, mcm anak2 je sb tu xnk bawak bekal... pastu bimbang org kata takut bini. yg sedih lg takut org kata miskin n nk jimat sgt ke tu sapa x leh mkn kat kedai?

inilah mentaliti org kita yg sukar dikikis.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.145722 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top